Aksi persahabatan erat silaturahim
Kuala Terengganu: Polis dan masyarakat berpisah tiada. Itu yang dipraktikkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu melalui aksi bola sepak persahabatan dengan Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak, baru-baru ini.
Ketua JSJ Terengganu Asisten Komisioner (ACP), Fazlisyam Abdul Majid berkata, aksi persahabatan berkenaan bukan saja mampu menyihatkan tubuh badan anggota polis dengan cara beriadah tetapijuga dapat menjalin hubungan lebih erat dengan masyarakat.
“Ini yang kami praktikkan bersama masyarakat termasuk pengamal media melalui pelbagai aktiviti berfaedah seperti bola sepak kerana ia membawa makna cukup sig nifikan hubungan polis dan masyarakat.
“Selain itu aksi persahabatan ini juga medan terbaik buat pasukan JSJ mengenal pasti pemain baharu bagi membentuk pasukan lebih mantap sebelum menyertai kejohanan dalaman pada tahun ini,” kata Fazlisyam.
Turut menyertai aksi bola sepak persahabatan Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Wan Hayat dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman.
Dalam perlawanan yang julung kali diadakan itu skuad KAWAT FC menang bergaya 5-1 mengatasi skuad JSJ IPK Terengganu melalui jaringan hatrik Roslee Ariffin dan masing masing satu jaringan dihasilkan Abdul Hadir Taha dan Mohd Zulkifli Wahab manakala jaringan tunggal lawan dihasilkan oleh R Yugarajan.
Sementara itu Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Wan Hayat mengakui melalui aktiviti berkenaan ia bukan saja mampu merapatkan hubungan sesama ahli malah juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat anggota keselamatan.
“Semangat muhibah sebegini harus dikekalkan bagi memastikan hubungan yang sudah terjalin erat itu dapat dikekalkan,” kata Wan Abdul Rahman.