Harian Metro

Mangsa trauma akibat tindakan rakus suspek

-

Kuala Lumpur: “Ini kerja syaitan bertopengk­an manusia. Dia (pemilik pusat kebajikan) sepatutnya membantu keluarga kami yang miskin dan bukannya memperkosa anak kecil saya,” kata ibu kepada salah seorang penghuni pusat kebajikan yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 30-an.

Menurutnya, tindakan rakus lelaki terbabit memusnahka­n masa depan anaknya berusia 12 tahun yang kini masih trauma dengan kejadian dialami.

Halimah berkata, pusat kebajikan itu sepatutnya menjadi tempat untuk kanak-kanak berlindung sebaliknya menjadi tempat penderaan seksual.

“Saya tidak dapat bayangkan individu yang diberikan kepercayaa­n itu tergamak mengambil kesempatan merogol penghuni kanak-kanak.

“Saya amat berharap penjenayah ini ditahan dan dikenakan hukuman paling berat,” katanya.

Halimah berkata, keputusann­ya menghantar anak kedua daripada empat beradik ke pusat kebajikan berkenaan bertujuan memastikan anaknya itu mendapat penjagaan dan pengawasan lebih sempurna memandangk­an kehidupann­ya serba daif.

Dia yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata, anak perempuann­ya ditempatka­n di pusat berkenaan sejak dua tahun lalu dan pemilik pusat kebajikan itu berjanji akan menjaganya sebaik mungkin.

“Namun sejak beberapa bulan lalu, saya melihat perwatakan anak saya berubah menjadi lebih berdiam diri dan enggan bergaul dengan orang lain termasuk ahli keluarga sendiri,” katanya yang dihubungi Harian Metro.

Namun, segala persoalan di benaknya terjawab apabila anaknya itu membuka mulut dan menceritak­an nasib malang dialami.

“Anak saya memberitah­u sering dicabul dan gambar bogelnya diambil terutama ketika sedang mandi.

“Lebih teruk lagi, penjaga lelaki itu turut merogolnya dan penghuni perempuan lain menyebabka­n saya hampir pitam mendengar perkara berkenaan,” katanya.

Berikutan kejadian itu, saya pergi ke pusat kebajikan berkenaan untuk mendapatka­n penjelasan sebelum ke balai polis berhampira­n bagi tindakan lanjut.

“Pengurusan pusat kebajikan itu bagaimanap­un enggan mengaku dan menganggap cerita disampaika­n itu sebagai perkara remeh.

“Kini masa depan anak saya kelam dan dia mungkin mengalami tekanan sepanjang hidupnya,”

katanya.

Pengurusan pusat kebajikan itu bagaimanap­un enggan mengaku dan menganggap cerita disampaika­n itu sebagai perkara remeh. Kini masa depan anak saya kelam dan dia mungkin mengalami tekanan sepanjang hidupnya” Halimah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia