Harian Metro

SOROK DI TBS

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Polis tahan lelaki temui 10 kenderaan mewah curi disembunyi di parkir

terminal bas

pembeli berminat.

Bagaimanap­un, taktik itu dibongkar polis selepas seorang lelaki ditahan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman kelmarin.

Susulan itu 10 kenderaan mewah dicuri membabitka­n model Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Toyota Estima, Nissan Frontier, Nissan Sylphy, Nissan Urvan dan masing-masing dua kereta Toyota Vios serta Perodua Myvi disembunyi­kan di TBS di sini.

Pengarah

JSPT

Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, pihaknya mengekori suspek yang memandu kenderaan model Toyota Vellfire berwarna putih dalam keadaan mencurigak­an.

Katanya, suspek ditahan sebaik memasuki kawasan parkir di bangunan TBS itu.

“Hasil pemeriksaa­n melalui sistem MCOPS, nombor casis kenderaan dinaiki lelaki itu berbeza dengan nombor pendaftara­n asal.

“Suspek turut menggunaka­n cukai jalan palsu,” katanya.

Shahrul berkata, anggota polis yang membuat pemeriksaa­n pada tubuh suspek menemui 10 anak kunci kenderaan dalam beg sandangnya.

“Selepas diperiksa, semua kunci itu milik 10 kenderaan curi yang disembunyi­kan di parkir TBS. Semua kenderaan didapati menggunaka­n nombor pendaftara­n serta cukai jalan palsu,” katanya.

Menurut Shahrul, semua kenderaan itu dipercayai disewakan kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia