Harian Metro

MANJA RM850

- Adnan Ibrahim am@hmetro.com.my

Ibu bapa marah polis sita basikal diubah suai anak

Bukan saja sanggup berbelanja sehingga RM850 untuk memenuhi kehendak anak mengubah suai basikal dan menjadikan­nya kepada ‘jempol’ (nama basikal lajak), malah segelintir ibu bapa nekad memarahi anggota polis selepas anak mereka ditahan kerana menunggang basikal dalam keadaan membahayak­an nyawa dan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, ada kalangan ibu bapa memarahi serta mempertika­ikan tindakan polis menahan serta menyita basikal lajak anak mereka dengan alasan sudah berbelanja ratusan ringgit untuk menyediaka­n ‘jempol’ yang lengkap dengan aksesori seperti diinginkan anak.

Katanya, ia satu perkara yang menyedihka­n kerana polis bertindak sedemikian untuk memastikan keselamata­n semua pengguna jalan raya terjamin terutama remaja berkenaan, namun tidak mendapat perhatian ibu bapa terbabit.

“Bertindak atas maklumat orang awam, pada jam 5 petang hingga 7 malam kelmarin, kami menjalanka­n Ops Basikal Lajak di depan Sekolah Kebangsaan Seri Perdana dan menahan 10 remaja berusia 13 hingga 17 tahun kerana berbasikal lajak dan membahayak­an pengguna jalan raya lain.

“Operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Polis Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan semua ibu bapa diminta hadir ke pejabat untuk menghadiri sesi kaunseling bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Bagaimanap­un, segelintir ibu bapa tidak memberikan kerjasama selain memarahi anggota polis yang bertugas sedangkan operasi diadakan bertujuan membantera­s aktiviti basikal yang membahayak­an diri mereka serta jalan raya lain,” katanya.

 ??  ?? DUA anggota polis di BSPT IPD Kluang membuat pemeriksaa­n ke atas basikal lajak yang ditahan di dalam Ops Basikal Lajak di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Perdana, Kluang.
DUA anggota polis di BSPT IPD Kluang membuat pemeriksaa­n ke atas basikal lajak yang ditahan di dalam Ops Basikal Lajak di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Perdana, Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia