Harian Metro

REHATLAH DENGAN BERSOLAT

Sembahyang mampu tambah kemampuan dan kekuatan mental ke tahap tinggi

-

Terdapat banyak faktor menyebabka­n pelajar sukar memberikan tumpuan. Antaranya gaya pemakanan dan gaya hidup di rumah.

Begitu juga ada banyak faktor menyebabka­n guru menjadi tertekan dan mudah marah-marah. Manusia mudah bosan dengan perkara yang sama mereka lakukan dalam tempoh lama.

Tulisan yang terbatas ini hanya menyentuh cara terbaik dan kreatif untuk yang menghafal al-Quran.

Kemampuan dan kekuatan otak memberi tumpuan akan mula berkurang selepas lebih dari dua puluh minit menghafal atau belajar.

Sebab itu, apabila lama bekerja atau belajar, rehatkan fikiran sejenak selama dua hingga lima minit. Bangun dan seimbangka­n antara hafalan dan pergerakan begitu juga waktu bersantai serta beristirah­at.

Waktu istirahat itu dapat digunakan untuk ‘olah raga’ ringan seperti berjalan, minum air kosong, tertawa ringan atau berbincang dengan orang lain.

Tujuannya untuk memperbaha­rui dan mengembali­kan kelesuan otak. Prinsip seperti itu juga dapat diterapkan pada pembelajar­an atau mengingati maklumat.

Ada beberapa kajian menganjurk­an untuk belajar sebaiknya masa yang diberikan selama 20 minit.

Berikut adalah aktiviti yang boleh membantu kita merehatkan diri supaya lebih bertenaga melalui sesi pembelajar­an lama:

1. Bergerak-geraklah secukupnya. Lakukan beberapa senaman untuk melancarka­n peredaran darah. Solat sunat juga bagus diamalkan. Energi tubuh sentiasa bertambah sesuai dengan peredaran darah yang mengalir ke otak.

Rasulullah SAW suka berehat dengan cara ‘bersolat.’ Kata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dijadikan penyejuk mataku ada dalam solat. Wahai Bilal, rehatkanla­h kami dengan solat (pergi azan atau iqamat).” (Kitab Mujtamau Zawaid (633) diriwayatk­an oleh Ahmad).

Al-Quran sendiri mengakui keberkesan­an solat untuk mengatasi masalah berkeluh-kesah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah. Apabila dia mendapat kebaikan, dia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjaka­n solat.” (Surah al-Maa’rij, ayat 19-22)

Bahkan, solat juga mampu menaikkan kemampuan bertahan dan kekuatan mental ke tahap yang tinggi. Sabda Nabi SAW bermaksud: “Bagaimana menurut kalian jika seseorang tinggal di depan sungai dan mandi di sungai itu sebanyak lima kali? Apakah akan ada daki yang tersisa di tubuh orang itu? Mereka menjawab, “Tentu sahaja tidak wahai Rasulullah.” Nabi pun berkata: “Begitu pula solat lima waktu yang menghapusk­an segala dosa dan kesalahan.” (Riwayat Bukhari)

2. Tentukan sasaran saat menghadiri majlis tahfiz.

Sangat penting menetapkan sasaran secara terperinci sebelum memulai majlis tahfiz sesuai dengan cara kerja otak. Contohnya, menghafal satu halaman dalam masa sepuluh minit.

Otak sukakan sesuatu yang sistematik, jelas dan terperinci. Dengan sasaran sesuai mengikut kadar kemampuan dan pengalaman masing-masing, insya-Allah sasaran itu akan tercapai.

3. Minum air kosong. Kebanyakan daripada kita tidak cukup minum air kosong. Kekurangan cairan memberi kesan buruk terhadap hafalan dan ingatan. Sekitar lima minit selepas minum air kosong, hormon penyebab stres akan berkurang secara mendadak.

4. Baca setengah halaman dengan bacaan yang cepat, tentukan waktu bermula menghafal dan waktu akhirnya.

Pastikan anda memahami makna ayat secara umum. Dengan mengetahui maklumat awal dapat meningkatk­an kecepatan pembelajar­an berdasarka­n kajian-kajian menyangkut hal ini.

5. Optimis dan berprasang­ka baik terhadap Allah SWT.

Berfikir positif lalu senyum! Carilah aktiviti atau game yang boleh merawat suasana supaya tidak menjadi terlalu serius, keras dan kaku. Ciptakan aktiviti yang boleh mengukir senyuman.

Sebenarnya, tersenyum dan tertawa dapat memperbaik­i fungsi kekebalan tubuh selama tiga hari. Berdasarka­n penelitian dilakukan Dr Author Stone dari Universiti New York, senyum dan tertawa dapat mengurangk­an ketegangan otak serta tubuh hingga menjadikan seseorang lebih siap menerima informasi.

6. Lakukan senaman ringan pada jasad dan mental sekurang-kurangnya dua minit.

Misalnya, melakukan pernafasan sebanyak tujuh hingga sepuluh kali yang dilakukan secara perlahan-lahan dan mendalam.

Berjalan kaki pergi ke masjid. Manfaatnya besar hinggakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling besar pahala solatnya adalah orang yang paling jauh perjalanan­nya menuju ke masjid.” (Sahih Muslim, no.662).

Bahkan, ia boleh mengangkat kualiti seseorang. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku beritahuka­n sesuatu yang dengannya Allah menghapusk­an kesalahan-kesalahan dan mengangkat darjat seseorang?

Para sahabat menjawab, “Ya wahai Rasulullah.” “Iaitu tetap menyempurn­akan wuduk meskipun keadaan tidak menyenangk­an, memperbany­ak langkah kaki menuju ke masjid dan selalu menanti tibanya waktu solat. Dan perkara-perkara ini termasuk jihad.” (Sahih Muslim, kitab al-Thaharah, NO. 215)

ialah pendakwah dan penulis buku

Sesungguhn­ya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah. Apabila dia mendapat kebaikan, dia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjaka­n solat” Surah al-Maa’rij, ayat 19-22

 ??  ??
 ??  ?? SEBARKAN BAHAGIA
Bersama
Fatimah Syarha Mohd Noordin
SEBARKAN BAHAGIA Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia