Harian Metro

JIHAD PAK BAKAR

Warga emas berbasikal 20km untuk cuci masjid walaupun tubuh semakin membongkok

- Kuala Lumpur Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

“Setiap hari saya akan berdoa supaya Allah SWT selamatkan perjalanan saya ke tempat kerja.” Itu kata warga emas Abu Bakar Rasip, 70, yang berbasikal hampir 20 kilometer (km) setiap hari dari Kampung Lindungan, Petaling Jaya ke USJ 2, Subang Jaya, bagi membersihk­an masjid.

Abu Bakar yang berbasikal dari kediamanny­a sejak 10 tahun lalu itu masih bersemanga­t untuk bekerja sebagai tukang cuci di Masjid Al-Mukminun biarpun tubuhnya semakin membongkok.

“Saya tidak boleh duduk saja di rumah biarpun sedar diri ini semakin berusia. Ini cara saya untuk berjihad dengan berbakti kepada orang lain.

“Ada orang puji saya terlalu rajin berbasikal setiap hari dari rumah ke masjid, namun saya sering fikir bahawa ada yang lebih rajin daripada saya dan saya tidak boleh berbangga dengan pujian itu,” katanya.

Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Bakar tidak kisah apabila perlu membersihk­an bilik air setiap hari biarpun masih mempunyai anak yang boleh menyaranya.

“Semua anak saya mempunyai keluarga sendiri. Saya tidak mahu membebanka­n mereka kerana saya faham bagaimana sukarnya fasa untuk membina keluarga sehingga boleh hidup senang.

“Anak sentiasa mengambil berat kebajikan saya, namun tidak bermakna saya boleh duduk saja di rumah menanti wang daripada mereka. Saya tidak hidup untuk membebanka­n anak.

“Bagi saya, tanggungja­wab membesarka­n anak adalah amanah yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Jangan sesekali meletakkan harapan supaya anak membalas jasa apabila sudah tua nanti,” katanya.

Katanya yang berasal dari Sungai Udang, Melaka, dia akan keluar rumah selepas solat Subuh dan tiba di masjid sekitar jam 8 pagi untuk membersihk­an keseluruha­n kawasan masjid dan hanya pulang pada jam 5 petang.

“Setiap hari rutin saya akan berbasikal dari rumah dan sudah pasti saya bimbang jika terbabit dalam kemalangan kerana pada waktu itu orang sudah mula keluar bekerja dan jalan raya mulai sibuk.

“Memang banyak kenderaan pada waktu pagi, jadi saya hanya tawakal semasa menaiki basikal dan

Alhamdulil­lah keselamata­n saya masih terpelihar­a sehingga kini biarpun saya ambil masa yang lama untuk sampai ke masjid kerana perlu mengelak menggunaka­n jalan utama.

“Saya sayang basikal tua saya ini. Jika lihat pada fizikalnya umpama melihat diri saya yang semakin berusia, namun basikal ini banyak berjasa dan tidak mungkin saya akan buang biarpun sudah rosak nanti,” katanya.

Abu Bakar berkata, tanggungja­wab sebagai tukang cuci bukan sesuatu yang mudah kerana setiap hari ratusan jemaah yang terdiri daripada ahli kariah dan juga orang luar datang ke masjid berkenaan.

“Pelbagai ragam saya perlu hadap apabila bekerja sebagai tukang cuci. Ada orang memandang rendah dengan kerja saya ini, namun ia sedikit pun tidak menghakis semangat saya untuk lakukan yang terbaik untuk masjid.

“Hati saya tidak tenang jika ada kawasan dalam masjid yang belum dicuci biarpun tempat itu kelihatan bersih. Saya akan bersihkan setiap kawasan

Saya sayang basikal tua saya ini. Jika lihat pada fizikalnya umpama melihat diri saya yang semakin berusia, namun basikal ini banyak berjasa dan tidak mungkin saya akan buang biarpun sudah rosak nanti”

Abu Bakar Rasip

etiap hari kerana sudah menjadi anggungjaw­ab saya untuk akukannya,” katanya.

Hasil kerja keras Abu Bakar akhirnya mendapat pengiktira­fan apabila Majid Al-Mukminun terpilih sebagai Masjid Terbaik Negeri Selangor kategori atas 20 tahun pada tahun lalu daripada lebih 400 masjid yang turut dinilai.

Katanya, dia terkejut apabila masjid berkenaan terpilih atas penilaian kebersihan yang baik di samping elemen lain seperti dokumentas­i dan aktiviti yang dianjurkan pihak pengurusan masjid.

“Saya tidak pernah mengharapk­an sebarang anugerah untuk kerja yang saya lakukan, namun Alhamdulil­lah apabila ada

ihak yang sedar kesungguha­n kami menjadikan masjid sebagai tempat yang selesa dan bersih.

“Jika masih dipanjangk­an usia, saya mahu berkhidmat untuk masjid sehingga saya menghembus nafas terakhir, namun saya perlu beri peluang kepada yang lebih muda untuk menabur bakti di masjid ini,” katanya.

Abu Bakar berkata, mungkin tahun ini tahun terakhirny­a bekerja sebagai tukang cuci di masjid berkenaan berikutan tahap kesihatan yang semakin merosot dan ingin menghabisk­an sisa hidup bersama keluarga tercinta.

Sementara itu, Nazir Masjid Al-Mukminun, Zainal Abidin Zakaria, 56, berkata, kehadiran Abu Bakar banyak menceriaka­n suasana berikutan sikapnya yang peramah biarpun ada jemaah baru di masjid berkenaan.

“Persekitar­an masjid juga sentiasa bersih dengan sikap rajin Pak Bakar serta beberapa lagi tukang cuci yang sentiasa meletakkan kebersihan sebagai keutamaan seperti yang ditekankan dalam Islam.

“Ahli Jawatankua­sa Masjid juga banyak berperanan dalam menjadikan menaikkan masjid ini melalui pelbagai aktiviti bermanfaat tanpa mengenepik­an golongan memerlukan termasuk orang kurang upaya (OKU) di dalam dan luar kawasan kariah,” katanya.

 ??  ?? ABU Bakar berbasikal dari Kampung Lindungan, Petaling Jaya ke Masjid Al-Mukminun.
ABU Bakar berbasikal dari Kampung Lindungan, Petaling Jaya ke Masjid Al-Mukminun.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia