Harian Metro

BIG TEDDY PENYELAMAT

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Anjing terkam tedung mahu patuk guru

Sanjing menyelamat­kan seorang guru daripada menjadi mangsa patukan ular tedung dalam kejadian di halaman rumahnya di Kampung Kelawat, Jalan Tamparuli-Ranau di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Gustin Riboh, 48, hanya menyedari kehadiran seekor ular selepas mendengar salakan kuat anjing peliharaan­nya.

“Ketika itu saya berjalan berhampira­n pokok bunga di halaman rumah.

alakan kuat

“Namun, anjing yang saya namakan menyalak dengan kuat sebelum seekor ular tedung berwarna hitam sepanjang tiga meter muncul di sebalik pokok bunga,” katanya.

Menurut Gustin, dia segera menjauhkan diri tetapi ular itu agresif dengan meninggika­n kepalanya dan cuba mematuk.

“Saya panik ketika itu, bagaimanap­un yang berada berhampira­n segera menerkam ular berkenaan.

“Dua lagi anjing peliharaan saya berbaka anjing

datang memberi bantuan kepada

dan menerkam serta mengigit ular itu sehingga putus,” katanya. Gustin berkata, dia bersyukur kerana anjing yang dipelihara­nya sejak enam tahun lalu itu menyelamat­kannya daripada bahaya. “Mujur ketiga-tiga anjing itu ada dan saya bernasib baik diselamatk­an walaupun jarak saya dengan ular ketika itu hanya dua langkah saja.

“Saya rasa bertuah dan menganggap haiwan peliharaan itu adalah keluarga saya sendiri,” katanya.

 ??  ?? ULAR tedung putus dua selepas digigit anjing peliharaan
Gustin.
DUA anjing baka Belgian Shepherd yang membantu Big Teddy. GUSTIN bersama anjing peliharaan­nya berbaka Belgian Shepherd dan German Sherpherd.
ULAR tedung putus dua selepas digigit anjing peliharaan Gustin. DUA anjing baka Belgian Shepherd yang membantu Big Teddy. GUSTIN bersama anjing peliharaan­nya berbaka Belgian Shepherd dan German Sherpherd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia