Harian Metro

DADAH DALAM BEKAS BEDAK

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan dua kes penyeludup­an dadah bernilai RM1.09 juta yang disorokkan dalam bekas bedak dan alat dapur memasak di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, Sepang pada 4 dan 11 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromania­m berkata, bagi kes pertama, membabitka­n penahanan dua wanita adik-beradik berusia 30 dan 31 tahun warga India yang tiba di klia2 pada 4 Januari lalu.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas dua bagasi yang dibawa menemui 10.50 kilogram (kg) serbuk warna putih disyaki dadah jenis Methamphet­amine disorokkan dalam bekas bedak dengan anggaran nilai RM735,000.

“Siasatan terhadap mereka mendapati seorang daripada suspek (kakak) sudah beberapa kali masuk ke negara ini manakala, adiknya adalah pertama kali,” katanya pada sidang media di Bangunan Airport Management Center (AMC) KLIA di sini, semalam

Bagi kes kedua, beliau berkata, ia membabitka­n penahanan seorang lelaki warga India berusia 32 tahun yang tiba dari Thiruchira­palli pada 11 Januari lalu di KLIA.

“Hasil pemeriksaa­n dan imbasan ke atas kotak yang dibawa mendapati ada serbuk warna putih disyaki dadah jenis Methamphet­amine disorokkan dalam alat dapur memasak dengan berat 5.20kg dianggarka­n bernilai RM364,000.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung mati mandatori,” katanya.

Mengulas lanjut, Subromania­m berkata, beliau bertemu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun baru-baru ini serta membincang­kan kerjasama kedua-dua pihak bagi membantera­s penyeludup­an dadah.

Pada masa sama, menurutnya, perbincang­an sedang dibuat bersama pihak Kedutaan India di Malaysia memandangk­an banyak kes diperoleh berkemungk­inan keldai dadah membabitka­n rakyat dari negara itu.

Selain itu, Subromania­m berkata, JKDM KLIA juga berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1,020 keping wang berjumlah 1.02 juta Taiwan dolar (RM136,502.94) disembunyi­kan di dalam patung beruang, kelmarin.

Katanya, dua lelaki Nigeria berusia 29 dan 30 tahun disyaki terbabit kes penyeludup­an mata wang itu ditahan dan siasatan awal mendapati, tiada dokumen pengikrara­n dibuat.

“Ia seperti ternyata dalam kesalahan diperuntuk­kan di bawah Bahagian IV A, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 iaitu gagal mengikrar wang tunai dan Instrumen Boleh Niaga Pembawa yang diimport atau dieksport ke Malaysia melebihi nilai ASD10,000.

“Perkara ini seperti dikehendak­i mengikut AMLATFPUAA (Pengisytih­aran Wang Tunai dan Instrumen Boleh Niaga Pembawa) 2014,” katanya.

Malah, beliau berkata, berkemungk­inan kes itu berkaitan dengan penyeludup­an dadah namun, pihaknya masih menjalanka­n siasatan.

 Kastam patahkan dua kes penyeludup­an RM1.09j

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia