Harian Metro

‘Blogger’ China guna IDP Bangladesh

-

Melaka: Lelaki warga China mengaku ‘blogger’ yang membuat ulasan mengenai hidangan istimewa negara sekitar Asia Tenggara ditahan kerana menggunaka­n Permit Memandu Antarabang­sa (IDP) meragukan.

Blogger berusia 24 tahun itu ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu ketika memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dari arah Taman Melaka Raya menuju ke Limbongan, pada 10 malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) negeri Muhammad Firdaus Shariff berkata, hasil semakan dokumen perjalanan mendapati lelaki itu masuk ke negara ini menggunaka­n visa pelancong awal bulan ini.

“Namun semakan terhadap IDP diberikan meragukan, dokumen itu dipercayai dikeluarka­n di Bangladesh. Berikutan itu kami akan semak dahulu IDP berkenaan untuk sahkan ia dikeluarka­n pihak berkuasa yang sah atau sebaliknya.

“Toyota Vellfire berkenaan adalah milik rakan blogger berkenaan yang juga warga tempatan. Kami sudah hubungi pemilik MPV terbabit untuk menuntut semula kenderaann­ya,” katanya.

Muhammad Firdaus berkata, pihaknya mengenakan kompaun kepada blogger berkenaan kerana memandu tanpa lesen sah, manakala pemilik MPV terbabit turut dikenakan tindakan sama kerana membenarka­n individu tanpa lesen memandu kenderaann­ya.

Beliau berkata, sepanjang operasi itu pihaknya melakukan pemeriksaa­n terhadap 825 kenderaan dan mengeluark­an 82 saman atas 95 pelbagai jenis kesalahan lalu lintas dikesan.

 ??  ?? ANGGOTA JPJ menunjukka­n pasport dan IDP Bangladesh yang digunakan lelaki warga China.
ANGGOTA JPJ menunjukka­n pasport dan IDP Bangladesh yang digunakan lelaki warga China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia