Harian Metro

TAK TAHU SALAH

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Peniaga didenda RM15,000 guna pelekat kiriman wang tanpa kelulusan BNM

Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menggunaka­n perkataan kiriman wang pada pelekat iklan di premis miliknya tanpa kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM), Selasa lalu.

Hakim Adli Abd Ghalib memutuskan demikian selepas tertuduh, K Muniandy, 53, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan turut mengakui fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai pemilik tunggal Perniagaan Edelweiss MN Enterprise didakwa menggunaka­n perkataan itu tanpa terlebih dulu mendapatka­n kelulusan bertulis daripada BNM di Bandar Sungai Pelek, Sepang, Selasa lalu.

Justeru, bapa kepada empat anak itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Perniagaan Perkhidmat­an Wang 2011 (Akta 731) yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, hasil serbuan jam 12.30 tengah hari oleh Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkua­saan (JPKP) BNM mendapati pintu cermin premis tertuduh mempamerka­n pelekat tertera perkataan kiriman wang ke luar negara.

Tertuduh bagaimanap­un gagal menunjukka­n kebenaran bertulis oleh BNM dan pelekat itu disita untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Muniandy yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringanka­n kerana mempunyai tanggungan empat anak termasuk dua masih bersekolah selain isterinya yang tidak bekerja.

“Ini juga kesalahan pertama saya dan tidak mengetahui perbuatan itu adalah satu kesalahan,” katanya.

Pegawai Pendakwa BNM Edward Chan yang mengendali­kan kes bagaimanap­un memohon mahkamah mengambil kira faktor kepentinga­n awam dan keseriusan kes itu yang mengenakan hukuman berat ke atas pesalah.

 ??  ??
 ??  ?? MUNIANDY mengaku salah dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.
MUNIANDY mengaku salah dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia