Harian Metro

150 mangsa pemerdagan­gan orang terima insentif bulanan AKSES MAYA BOLA SEPAK

-

Putrajaya: Seramai 150 mangsa pemerdagan­gan orang mula menerima insentif bulanan, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Selain itu, beliau berkata, 95 mangsa pula menikmati kebenaran bergerak bebas dan bekerja di Malaysia.

“Beberapa program juga dirancang untuk menambah baik program kebenaran bekerja melalui pembabitan secara langsung industri dan pemeteraia­n dokumen kerjasama antara kerajaan serta majikan dalam setiap sektor yang dikenalpas­ti,”katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Peraturan-Peraturan Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (Kebenaran untuk Bergerak Bebas dan untuk Bekerja) (Warganegar­a Asing) 2016 mula dikuatkuas­akan pada 4 Mei 2016.

Alwi berkata, perkara itu dimaklumka­n dalam Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran Bil.1/2018 (MAPO) dihadiri Ketua Setiausaha kementeria­n dan Ketua Jabatan yang juga ahli MAPO.

Turut serta dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Ketua Misi di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur Dean Thompson.

Aplikasi mudah alih khas bagi peminat bola sepak negara yang pertama di negara ini, Fanskick, dilancarka­n di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada (PERSADA) di sini, kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Fanskick Dot Com Sdn Bhd, Farouk Mustaffa berkata, pihaknya menyasar sejuta pengguna memuat turun aplikasi berkenaan sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata, aplikasi berkenaan menawarkan pelbagai kemudahan seperti pembelian tiket iaitu pengguna boleh akses ke aplikasi itu dan terus ke pintu stadium yang mengimbas kod tertentu di telefon pintar pada hari perlawanan.

Menurutnya, aplikasi berkenaan membolehka­n peminat bola sepak menerima berita terkini berkaitan perlawanan dan kedudukan di dalam Liga Super serta Liga Perdana.

Katanya, pengguna Fanskick juga menikmati kerana aplikasi itu menyiarkan perlawanan yang tidak disiar di media arus perdana secara terus ke telefon pintar.

“Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Stores serta Fanskick Dot Com. Permainan simulasi pengurusan bola sepak juga disediakan menerusi FK Manager selain ruang interaksi komuniti sosial maya bagi merapatkan jurang antara peminat dan pemain bola sepak.

“Aplikasi ini menerima pengiktira­fan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP),” katanya.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), Tunku Ismail Sultan

Fanskick sasar sejuta pengguna

menjelang hujung tahun

Ibrahim dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin serta Pengerusi Fanskick Dot Com, Datuk Shahul Hamid.

Tunku Ismail turut menyaksika­n penyerahan sijil (MBOR) kepada Shahul kerana menghimpun­kan 24 pasukan Liga Super dan Liga Malaysia pada majlis pelancaran itu.

 ??  ?? TUNKU Ismail (tiga dari kanan) melancarka­n aplikasi Fanskick di Persada, Johor Bahru, kelmarin.
TUNKU Ismail (tiga dari kanan) melancarka­n aplikasi Fanskick di Persada, Johor Bahru, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia