Harian Metro

HIKMAH HIJRAH

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Pelajar Thailand terima anugerah cemerlang STAM

“Saya dan keluarga berhijrah ke sini (Malaysia) kerana mahu belajar ilmu agama dengan tenang selain lari daripada pergolakan di Narathiwat, Thailand,” kata pelajar cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 warga Thailand, Miss Kaosar Hayeejehwa­e, 19.

Miss Kaosar yang berasal dari Narathiwat, Thailand antara 67 pelajar cemerlang STAM 2017 yang diraikan pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan STAM 2017 peringkat kebangsaan di sini, semalam.

Dia berkata, keputusann­ya untuk berhijrah ke negara ini berhasil apabila memperoleh gred Mumtaz dalam 10 mata pelajaran yang diambil.

“Saya bersama ibu dan ayah menetap di Malaysia sejak 2012 memandangk­an ayah mengusahak­an pondok agama di Selangor dan Perak.

“Kejayaan ini bukan mudah dan saya bersyukur kerana ramai pihak membantu terutama dalam menjelaska­n yuran pengajian ketika menuntut di Maahad Imtiyaz, Ipoh, Perak,” katanya.

Katanya, dia akui banyak menerima bantuan daripada komuniti Thailand yang menetap di Ipoh, Perak terutama pengusaha restoran.

Miss Kaosar berkata, dia merancang menyambung pelajaran di Mesir dalam bidang bahasa Arab selain memasang cita-cita bergelar penterjema­h suatu hari nanti.

Sementara itu, pelajar cemerlang STAM 2017 dari Maktab Mahmud, Alor Star, Kedah, Muhammad Afiq Amzar Abd Khalid, 19, berkata, dia merancang lebih awal untuk menduduki STAM biarpun memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu.

Menurutnya, dia juga merancang menyambung pengajian dalam bidang bahasa Arab dan bercita-cita menjadi pensyarah.

“Kejayaan cemerlang dalam STAM banyak dibantu rakan serta guru,” katanya yang juga pelajar lelaki tunggal daripada tujuh calon yang memperoleh gred Mumtaz di sekolahnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pelajaran (Pembanguna­n dan Profesiona­lisme Keguruan) Dr Zainal Aalam Hassan berkata, 67 pelajar dan 20 sekolah agama dari seluruh negara diraikan bagi menghargai pencapaian cemerlang masing-masing.

Menurutnya, setiap pelajar cemerlang menerima sijil kecemerlan­gan dan wang tunai sumbangan peribadi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

 ??  ?? MUHAMMAD Afiq Amzar dan Miss Kaosar menunjukka­n Sijil Anugerah Cemerlang STAM 2017 yang diterima.
MUHAMMAD Afiq Amzar dan Miss Kaosar menunjukka­n Sijil Anugerah Cemerlang STAM 2017 yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia