Harian Metro

Teruja dapat tangan robot

-

“Semua orang ada tangan tetapi kenapa saya tiada?” demikian soal Nas Viya Syazana Alyvictor, 11, yang meruntun hati ibunya, Nor Maya Medon, 27.

Menurut Nor Maya, anak sulung daripada tiga beradik itu dilahirkan kudung tanpa pergelanga­n tangan kanan dan pernah menyuaraka­n kesedihann­ya apabila melihat rakan sebaya ada tangan sempurna.

“Kadang-kadang dia sedih apabila ada kawan ejek kekurangan­nya itu tetapi sebagai ibu saya selalu pujuk dan beri kata-kata semangat supaya bersabar.

“Kami tak mampu beli tangan palsu memandangk­an hanya suami saja bekerja sebagai anggota tentera untuk menanggung kami lima beranak.

“Semoga Tuhan membalas budi baik insan yang menyumbang­kan tangan palsu ini,” katanya yang menetap di Kampung Potuki, Penampang, Sabah.

Nas Viya Syazana menerima tangan elektronik cetakan tiga dimensi,

ciptaan pereka tempatan Sujana Rejab hasil sumbangan individu prihatin yang enggan identitiny­a didedahkan, kelmarin.

Sementara itu, Nas

Viya Syazana berkata, walaupun ‘tangan baru’ itu hanya robot, namun dia teruja kerana rutin hariannya lebih mudah dengan

Bionic-EXIII

Delta

memiliki dua tangan.

“Selama ini semuanya dilakukan dengan tangan kiri termasuk menulis dan membuat kerja sekolah. “Kini saya amat gembira kerana dua tangan saya dapat bekerja tanpa bantuan orang lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia