Harian Metro

STRATEGI NAWWAL

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Pelajar cemerlang tak sambung belajar ceburi bidang perniagaan dapat anugerah

food truck terbaik

Tindakan seorang pelajar cemerlang yang memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 tidak menyambung pengajian, sebaliknya memilih menjalanka­n perniagaan berbaloi apabila perniagaan kenderaan saji atau diusahakan­nya mendapat sambutan menggalakk­an.

Nawwal Syafiqah Muhammad Rushdi, 19, dari Kampung Surau Haji Mat Zain, Bukit Payong di sini, menjalanka­n perniagaan kendera saji dengan menjual lapan jenis makanan ala Barat di bawah jenama Makang Sedak.

Lebih membanggak­an apabila perniagaan diusahakan sejak Ogos 2016 itu mendapat pengiktira­fan apabila menerima Anugerah

Terbaik sempena Festival Malaysia di Ipoh, Perak anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) pada November 2017.

Uniknya perniagaan diusahakan remaja terbabit apabila semua hidangan dijual menggunaka­n loghat Terengganu iaitu beger singer, tortilla, ciken ricih, ciken ricih super double triple, anak bol, ayoh bol, ciken bol dan greni sandwich.

Nawwal Syafiqah berkata, dia tidak menyesal kerana tidak melanjutka­n pelajaran selepas meraih keputusan cemerlang dalam SPM semata-mata untuk menjalanka­n perniagaan itu.

“Saya menimba pelbagai pengalaman dan ilmu perniagaan apabila membabitka­n diri dengan perniagaan ini.

“Perniagaan ini membuatkan saya lebih matang, berfikiran jauh, komited dan bercita-cita tinggi yang menjadi impian saya untuk memiliki tiga kenderaan saji, sebuah restoran selain memiliki sebuah restoran pandu lalu dalam tempoh 10 tahun lagi,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam, Kemaman.

Menurutnya, perniagaan­nya bermula dari rumah dengan menyediaka­n burger dan tortilla sebelum dihantar kepada pelanggan.

“Saudara-mara dan kenalan terdekat menjadi rujukan utama untuk menilai sama ada hidangan disediakan menepati cita rasa mereka atau sebaliknya.

“Saya cuba menyediaka­n hidangan yang menepati selera ramai sebelum menjualnya dan media sosial seperti Facebook antara medium utama yang membantu mempromosi­kan makanan dijual,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Dr Norzila Tengah @ Abdul Rashid, 44, berkata, dia menggalakk­an anaknya menceburi bidang perniagaan kerana menyedari bidang itu lebih menjamin masa depan dan memberi pulangan yang begitu lumayan.

“Sebagai ibu, saya menyokong apa saja minat dan kecenderun­gan anak dan memandangk­an dia minat berniaga, saya memberi sokongan dan membimbing­nya secara serius,” katanya.

 ??  ?? NAWWAL Syafiqah menunjukka­n sijil dan anugerah yang diterima di hadapan kenderaan sajinya.
NAWWAL Syafiqah menunjukka­n sijil dan anugerah yang diterima di hadapan kenderaan sajinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia