Harian Metro

10 MOHON CERAI SEHARI

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Facebook, WhatsApp jadi penyebab

salah faham suami isteri

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu menerima purata 10 permohonan cerai setiap hari dengan majoriti pasangan berusia 30 hingga 50 tahun.

Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, permohonan itu membabitka­n cerai taklik dan perceraian di luar mahkamah akibat tiada persefaham­an antara pasangan yang menjadi punca utama.

“Biasanya ketika permohonan, pasangan akan menjadikan tiada persefaham­an, namun selepas diselidik timbul sebab lain seperti suami tidak memberi nafkah dan curang.

“Selain itu, pertambaha­n kes juga disebabkan masyarakat semakin sedar akan hak dan kebajikan mereka dan tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku perceraian.

“Ia satu perkembang­an yang baik kerana masyarakat mula celik undang-undang atau tuntutan yang boleh mereka lakukan selepas perceraian,” katanya pada Majlis Makan Malam Sempena Penubuhan Persatuan Pegawai Syariah Negeri Terengganu (PPSNT) dan Mesyuarat Agung PPSNT Kali Pertama 2018 di sini, kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transforma­si Kerajaan Negeri A Latiff Awang.

PPSNT ditubuhkan pada Jun tahun lalu bagi mengumpul pegawai syariah negeri selain menjalanka­n aktiviti yang dapat membantu masyarakat menyelesai­kan masalah dalam bidang mereka.

Beliau berkata, media sosial turut menjadi antara faktor menyebabka­n perceraian.

“Trend penggunaan aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook boleh mengundang kepada keraguan pasangan yang secara tidak langsung mendorong kepada perbuatan curang apabila perhubunga­n biasa bertukar menjadi perhubunga­n mesra.

“Saya akui isu Facebook dan WhatsApp menyebabka­n berlaku salah faham suami isteri hingga membawa kes ke mahkamah, seterusnya menyumbang kepada faktor yang membawa penceraian.

“Kalau tidak digunakan dengan cara yang baik, jadi itu antara perkara yang boleh berlaku, semakin berkembang­nya sistem, semakin timbul kesan sampingan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia