Harian Metro

Along ugut potong tangan

- Siti A’isyah Sukaimi am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang ejen insurans diugut akan dipotong tangan oleh along selepas terlewat setengah jam membayar bayaran pinjaman dibuat, 16 Januari lalu. Chan Yean Jen, 25, meminjam RM3,000 daripada along dikenali melalui aplikasi WhatsApp dan sudah melangsaik­an pinjaman berdasarka­n kontrak termaktub.

Bekas wartawan Berita Harian terlantar akibat angin ahmar sejak lapan tahun lalu

“Setiap tiga jam, suami perlu diberikan susu khas yang dimasukkan melalui tiub. Pernah juga tiub tercabut dan terpaksa minta bantuan petugas hospital datang ke rumah untuk memasangny­a termasuk pada waktu malam,” kata Rahmah Ibrahim, 61, berkenaan keadaan suaminya, Tajuddin Saman, 70.

Tajuddin adalah bekas wartawan Berita Harian yang diserang angin ahmar sejak lebih lapan tahun lalu, malah dia kini hanya terbaring serta tidak mampu bergerak ke mana-mana.

Sebelum ini, perkembang­an kesihatann­ya pernah beberapa kali dipaparkan dalam akhbar berkenaan.

Rahmah berkata, sejak 2012, suaminya hanya terbaring dan segala urusan diri seperti makan, minum selain kebersihan diri perlu diuruskann­ya selain dibantu anak mereka.

“Untuk makan, kami berikan susu khas atas nasihat doktor dan ia dibeli dari farmasi berharga antara RM70 hingga RM80 untuk satu tin yang boleh bertahan antara lima hingga tujuh hari.

“Sebelum ini, kami pernah menerima bantuan susu daripada Baitulmal bermula 2016 dan terhenti pada Mei tahun lalu disebabkan tidak membuat permohonan baru kepada pihak berkenaan,” katanya di rumahnya di Presint 9 di sini, semalam.

Ditanya berkenaan hal itu, Rahmah berkata, mereka tidak dapat membuat permohonan baru disebabkan pelbagai perkara dan urusan sekali gus mengambil keputusan untuk membeli sendiri.

“Untuk bantuan susu itu, memang perlu membuat permohonan baru misalnya memerlukan surat doktor, akuan bersumpah dan penyata pendapatan isi rumah bekerja,” katanya.

Selain itu, dia berkata, biarpun suaminya hanya terbaring dan tidak boleh berkomunik­asi, suaminya masih mengingati rakan lama yang sering berkunjung ke rumah mereka untuk bertanyaka­n khabar.

Tajuddin adalah bekas setiausaha akhbar bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Arof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid.

 ??  ?? RAHMAH membantu suaminya, Tajuddin membersihk­an diri.
RAHMAH membantu suaminya, Tajuddin membersihk­an diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia