Harian Metro

TARAF 6 BINTANG

- Rudy Syareme Sheriffudi­n bisnes@hmetro.com.my

 SP Setia optimis mampu jual semua unit kondominiu­m mewah Setia V Residences di Pulau Tikus

Pemaju hartanah terkenal SP Setia Berhad (SP Setia) yakin pembinaan kondominiu­m mewah Setia V Residences di Lorong Burmah, Pulau Tikus mampu menarik perhatian pembeli khususnya pembeli tempatan dalam usaha memiliki rumah kediaman mewah.

Pengurus Besarnya Ng Han Seong berkata, projek Setia V Residences dibina pada penghujung 2012 dan siap sepenuhnya akhir November tahun lalu dan sambutan diterima amat memberangs­angkan.

Beliau berkata,

Setia V Residences mempunyai dua menara iaitu Tower A dan Tower B masing-masing memiliki sembilan jenis ruang kediaman dengan keluasan antara 1,376 kaki persegi hingga 4,118 kaki persegi pada harga ditawarkan bermula RM1.8 juta ke RM4.5 juta.

Katanya, secara keseluruha­n Setia V Residences yang bertaraf enam bintang itu memiliki 178 unit dan 70 peratus daripadany­a sudah terjual, manakala baki 30 peratus dijangka akan terjual sepenuhnya tahun ini.

“Kami optimis mampu menjual semua unit kediaman berikutan projek Setia V Residences sudah mula diduduki serta mempunyai pelbagai kemudahan termasuk dikeliling­i pelbagai bangunan warisan di lokasi strategik berhampira­n laut dan pusat bandar di sekitar Persiaran Gurney.

“Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti pusat beli-belah, hospital, pusat makanan dan minuman serta pelbagai lagi fasiliti.

“Setia V Residences turut memiliki tarikan tersendiri dan pembeli boleh memilih unit dengan pemandanga­n laut atau pusat bandar,” katanya.

Han Seong berkata, pelbagai kemudahan disediakan termasuk dek pemandanga­n, tiga kolam renang, jakuzi dan sauna, dewan serbaguna, gimnasium, studio tarian, bilik permainan video, kolam hidro terapi, taman permainan kanak-kanak serta gelanggang skuasy dan badminton.

 ??  ?? NG menunjukka­n kawasan kondominiu­m mewah Setia V Residences di Persiaran Gurney.
NG menunjukka­n kawasan kondominiu­m mewah Setia V Residences di Persiaran Gurney.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia