Harian Metro

MANFAAT JENAMA HOTEL

 JHSB lantik Marriott Internatio­nal kendali operasi Hotel Fairfield by Marriot Kuala Lumpur

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Johawaki Holdings Sdn Bhd (JHSB) menandatan­gani perjanjian pengurusan bersama Marriott Internatio­nal untuk membina Hotel Fairfield by Marriott Kuala

Lumpur membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) keseluruha­n RM85 juta.

Perjanjian pengurusan itu bakal menyaksika­n JHSB sebagai pemaju pembinaan dan Marriott Internatio­nal sebagai pengendali operasi hotel terbabit yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif JHSB Mohamad Akmal Johari berkata, kerjasama dengan jenama hotel terkemuka itu peluang terbaik syarikat untuk terus menerokai bidang perhotelan lebih meluas pada masa depan. “Kami berbangga dapat menyumbang kepada perkembang­an pantas industri pelanconga­n di Malaysia melalui pembinaan hotel pertama syarikat ini,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian kontrak pengurusan antara kedua-dua pihak di sini.

Hadir sama Naib Presiden

Serantau Pembanguna­n Hotel Marriott Internatio­nal Peter Gassner.

Hotel Fairfield by Marriott

Kuala Lumpur bakal dibina di Jalan Pahang, Kuala Lumpur membabitka­n pembinaan bangunan 14 tingkat yang memiliki 188 bilik.

Beliau berkata, pihaknya merancang meneroka bidang perhotelan secara serius melalui pembinaan hotel di tanah simpanan syarikat seluas 20.23 hektar di Seremban, Melaka, Alor Setar dan Langkawi pada masa depan.

Menurutnya, syarikat kini meninjau potensi pembinaan hotel di lokasi terbabit dan pada masa sama meneliti potensi menjalinka­n kerjasama dengan jenama hotel di pasaran.

“Kami berharap terus menjalinka­n kerjasama dengan Marriott Internatio­nal melalui jenama hotel mereka namun terbuka kepada sebarang kerjasama dengan jenama hotel lain,” katanya.

FAKTA Hotel Fairfield by

Marriot Kuala Lumpur dijangka siap pada 2020

 ??  ?? MOHAMAD Akmal (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Gassner pada majlis memeterai perjanjian pengurusan kedua-dua pihak di Kuala Lumpur.
MOHAMAD Akmal (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Gassner pada majlis memeterai perjanjian pengurusan kedua-dua pihak di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia