Harian Metro

DUA KALI MALANG

- Agensi

Seorang wanita yang mahu mendapatka­n rawatan di hospital selepas dipukul di sebuah kelab malam terkejut apabila mendapati doktor yang merawatnya adalah individu sama yang memukulnya.

Lebih malang lagi, doktor berkenaan bukannya merawat kecederaan wanita itu, sebaliknya dia kembali memukul mangsa.

Satu video pendek yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu menunjukka­n doktor itu, Vladimir Naumov mengancam dan menyerang Anastasia Dmitrieva di sebuah hospital di Neryungri, timur Russia.

“Ramai saksi melihat kamu yang menyerang saya dulu,” kata Naumov sebelum dia dilihat menumbuk tangan wanita itu.

Naumov menambah wanita itu berdepan hukuman penjara sekiranya rakannya yang dipukul di kelab malam melaporkan kejadian itu. Lelaki itu sekali lagi dilihat menumbuk tangan Anastasia.

Anastasia terus bertengkar dengan Naumov menyebabka­n lelaki itu hilang sabar dan terus bangun untuk memukul wanita berkenaan.

Bagaimanap­un, seorang jururawat masuk campur dan menghalang Naumov daripada terus memukul wanita itu.

Sejak video itu tular, Naumov memberi penjelasan bahawa Anastasia dan beberapa rakan wanita itu yang mula menyerang seorang rakannya di kelab malam.

 Mangsa pukul dipukul doktor

ketika dapatkan rawatan

Katanya, dia hanya mahu membantu rakan wanitanya itu dan tidak berniat untuk mencederak­an sesiapa.

Mengenai sikapnya ketika di hospital, Naumov memberitah­u dia sangat marah apabila bertemu penyerang rakannya semula dan menambah dia diprovokas­i wanita itu.

Namun, ketua jabatan kesihatan di wilayah Sakha tidak menerima penjelasan Naumov itu dan memecatnya daripada hospital berkenaan.

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n Naumov mengacukan penumbuk sebelum bertindak memukul wanita berkenaan yang juga pesakitnya. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n Naumov mengacukan penumbuk sebelum bertindak memukul wanita berkenaan yang juga pesakitnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia