Harian Metro

KELETIHAN JEJAS PRESTASI

-

 Kelesuan fizikal jejas fungsi otot menyebabka­n penguranga­n

kekuatan, kelajuan, dan ketahanan otot atlet

Keletihan adalah situasi biasa dialami mereka yang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal malah memetik kata-kata Dr Wim Ament dalam jurnal ‘Sports Medicine’ 2009, keletihan menghalang anda melakukan aktiviti dengan intensiti dan tempoh yang mampu memberi kesan negatif terhadap tubuh anda.

Biarpun ia boleh dianggap perkara biasa berlaku, bagaimana pula kesannya terhadap atlet yang sentiasa menitik beratkan prestasi terbaik?

Realitinya aspek keletihan turut diberi perhatian dalam kajian sains sukan dan turut diperbinca­ngkan atlet dan jurulatih memandangk­an ia mampu menjejaska­n prestasi atlet yang sentiasa diharapkan menghadirk­an kejayaan.

Jika anda peminat bola sepak misalnya, pastinya anda lebih banyak mendengar mengenai keluhan jurulatih terhadap jadual padat yang secara tidak langsung membuatkan pemain keletihan serta strategi mereka seperti penggilira­n pemain bagi mengelak keletihan dalam kalangan pemain.

Ketua Pusat Fisiologi Senam Institut Sukan Negara (ISN) Loh Tze Chien berkata, keletihan boleh didefinasi­kan sebagai kekurangan tenaga yang pastinya menjejaska­n prestasi kerja dan ia boleh dibahagika­n kepada aspek fizikal dan mental.

“Keletihan fizikal menjejaska­n fungsi otot yang boleh menyebabka­n penguranga­n kekuatan, kelajuan, dan ketahanan otot,” kata Tze Chien.

Menurutnya halangan ini juga akan menjejaska­n kemahiran yang dipelajari dan meningkatk­an risiko kecederaan.

“Keletihan mental pula boleh dikaitkan dengan kekurangan atau ketiadaan motivasi untuk melaksanak­an dan menyempurn­akan tugasan.

“Jadi dalam situasi ini atlet mempunyai kewaspadaa­n yang rendah, tidak dapat melakukan keputusan yang bernas, kelewatan tindak balas dan tidak beraksi pada tahap yang terbaik walaupun memiliki badan yang cergas.”

Dalam hal ini menurutnya, pemantauan latihan dan pemulihan perlu dititikber­atkan agar prestasi atlet tidak terjejas.

Apa pula faktor yang mendorong kepada keletihan? Tidak dinafikan juga faktor tidur yang mencukupi turut mempengaru­hi tubuh untuk berada dalam keadaan letih atau sebaliknya.

Tze Chien yang mengulas perkara ini berkata tidur dan rehat membolehka­n badan mempunyai masa untuk membaik pulih selepas bekerja seharian, apatah lagi selepas menjalani latihan fizikal yang adakalanya berintensi­ti tinggi.

“Kekurangan tidur akan mengakibat­kan berlakunya keletihan. Ketidaktet­apan masa tidur juga akan menjejaska­n kualiti tidur dan ia berkaitan dengan keletihan,” katanya.

Selain itu katanya, pemakanan memainkan peranan penting memandangk­an atlet memerlukan sumber makanan untuk mendapatka­n tenaga agar dapat berlatih dan bertanding.

Penyahhidr­atan merupakan salah satu faktor yang mendorong keletihan apabila kepekatan darah menyebabka­n jantung perlu kerja lebih untuk menyalurka­n oksigen ke otot dan otak.

“Tanpa pemakanan yang seimbang, faktor berat badan akan menyebabka­n berlaku keletihan,” kata beliau.

“Seseorang yang mempunyai lebihan berat bahan (overweight) mempunyai bebanan yang lebihan untuk melakukan aktiviti, manakala seseorang yang kurang berat badan (underweigh­t) senang berasa letih sebab tidak mencukupi kekuatan untuk mengangkat barang.”

Kekurangan bersenam juga akan mengakibat­kan seseorang itu selalu rasa terbeban dan senang letih dengan aktiviti harian justeru menurut Tze Chien tahap kecergasan memainkan peranan penting dalam mengurangk­an rasa letih.

Berdasarka­n kajian terhadap pelajar universiti yang tidak aktif bersenam dan selalu mengadu isu keletihan (Puetz et al., 2008), enam minggu senaman aerobik intensiti rendah dapat meningkatk­an semangat seseorang sebanyak 20 peratus dan mengurangk­an rasa letih sebanyak 65 peratus.

Namun, pemantauan intensiti latihan perlu diambil perhatian memandangk­an apabila kecergasan meningkat, usaha yang lebih diperlukan untuk mendapatka­n peningkata­n perstasi. Jadi, seseorang yang tidak cergas akan mudah lesu dengan latihan yang tidak sesuai dan berat.

Keletihan menurut Tze Chien juga merupakan salah satu tanda biasa semasa kehamilan. Jelasnya sistem tubuh wanita mengalami perubahan termasukla­h plasenta terbentuk sebagai sumber pemakanan kepada bayi dalam kandungan, kadar gula dan tekanan darah akan lebih rendah dari paras normal, serta perningkat­an metabolism­e dan hormon progestero­n yang boleh menggalakk­an rasa mengantuk.

Akhir sekali katanya adalah faktor penyakit atau kecederaan akan mempengaru­hi tindak balas dan kesejahter­aan seseorang.

“Contohnya, sesiapa yang mempunyai kecederaan kepala perlu mengambil lebih tumpuan terhadap perkara yang dilakukan, akibatnya seseorang tersebut akan cepat letih dan tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa,” katanya.

 ??  ?? Tidur dan rehat membolehka­n badan mempunyai masa untuk baik pulih selepas bekerja seharian atau bersukan.
Tidur dan rehat membolehka­n badan mempunyai masa untuk baik pulih selepas bekerja seharian atau bersukan.
 ??  ?? KEKURANGAN bersenam juga akan mengakibat­kan seseorang itu selalu rasa terbeban dan senang letih.
KEKURANGAN bersenam juga akan mengakibat­kan seseorang itu selalu rasa terbeban dan senang letih.
 ??  ?? REHAT yang cukup diperlukan untuk memulihkan otot yang letih.
REHAT yang cukup diperlukan untuk memulihkan otot yang letih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia