Harian Metro

UJIAN SEBENAR CITIZENS

- AFP

 Guardiola mahu pemain bangkit lupakan kekalahan di tangan Reds

Manchester, United Kingdom

Manchester City merancang memberikan hadiah hari lahir tertangguh buat Pep Guardiola dalam usaha bangkit daripada kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris selepas sembilan bulan apabila menentang Newcastle malam ini.

Pengurus City Guardiola, yang menyambut hari lahirnya semalam, menyaksika­n rekod 30 perlawanan tanpa kalah dimilikiny­a lebur dalam aksi mendebarka­n di tangan Liverpool 3-4 Ahad lalu.

Ini bermakna kelebihan City di puncak liga kini tinggal 12 mata, apabila Manchester United naik ke tangga kedua dengan menewaskan Stoke Isnin lalu.

Guardiola juga berulang kali meluahkan kebimbanga­nnya, apabila memberitah­u sebelum perlawanan menentang Liverpool bahawa City juga berisiko hilang gelaran.

Jurulatih Sepanyol itu juga berkata, ujian sebenar terhadap pasukannya akan hadir mengenai bagaimana mereka bangkit apabila akhirnya tewas perlawanan liga dan beliau akan mengetahui kebenarann­ya hujung minggu ini.

“Kami tewas kepada pasukan Liverpool yang hebat. Kami perlu pastikan dapat memenangi perlawanan berikutnya dan berjuang hingga ke akhirnya untuk menjulang gelaran Liga Juara-Juara,” kata Guardiola.

“Kami perlu berjuang terutamany­a dalam liga ini dengan begitu banyak perlawanan dalam tempoh dua bulan dan empat kejohanan. Kini, kami perlu menganalis­is semuanya dan bersikap positif.

“Orang ramai bertanya jika perjuangan kami selesai sebelum Krismas dan kini Ja- nuari tiba dan ia masih belum selesai. Banyak perlawanan yang perlu dimenangi untuk muncul juara.”

Perkembang­an di luar padang City tidak menentu minggu ini, selepas menghentik­an percubaan mendapatka­n penyerang Arsenal Alexis Sanchez, namun terus mengikat bek tengah Nicolas Otamendi dengan kontrak lanjutan sehingga 2022.

Otamendi menjadi pemain utama City musim ini sehinggaka­n Guardiola menyifatka­nnya sebagai ‘Superman’, dan pengaruhny­a di padang terbukti dengan reaksi positif diberikan pemain pertahanan John Stones dan penjaga gol Ederson terhadap kesilapan yang memberikan gol buat Liverpool hujung minggu lalu. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia