Harian Metro

Blues jumpa Brighton tanpa Morata, Pedro

-

Brighton, United Kingdom: Tanpa kelibat Alvaro Morata dan Pedro, Antonio Conte perlu memikirkan jawapan mengenai masalah ketumpulan jentera serangan Chelsea apabila mereka bertemu Brighton, hari ini.

Jaringan Michy Batshuayi pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA menentang Norwich City adalah gol pertama Blues selepas tiga keputusan seri tanpa jaringan.

Pengurus Chelsea, Conte bagaimanap­un tegas mengatakan bahawa masih ada perkara positif yang boleh mereka jadikan alasan menjelang pertembung­an yang akan menentukan sama ada mereka mampu atau tidak menduduki empat tangga teratas liga sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Juara bertahan Liga Perdana itu tercicir ke tangga keempat liga selepas perlawanan minggu lalu dan mungkin tergelinci­r ke tangga kelima jika tewas di tangan Brighton sambil Tottenham Hotspur menundukka­n Southampto­n.

Kehilangan Morata dan Pedro - kedua-duanya dilayangka­n kad kuning ketika menentang Norwich sebelum diarah keluar padang gara-gara kad kuning kedua - pasti menjejaska­n lagi rancangan Conte untuk mengukuhka­n barisan depan pasukannya.

Morata bergelut untuk mengharung­i musim pertamanya di Stamford Bridge dan sudah tidak menjaringk­an gol sepanjang enam perlawanan manakala Pedro sudah meledak empat kali setakat ini.

“Prestasi kami ketika menentang Norwich agak baik. Walaupun kami membuat banyak perubahan, kami berjaya menjaringk­an satu gol dan mencipta banyak peluang. Kami hanya terlepas gol kepada lawan di hujung permainan,” katanya.

“Kini kami akan mengharung­i perlawanan kedua dalam tempoh dua hari iaitu menentang Brighton. Kami akan cuba sebaik mungkin.

“Saya harap keputusan saya tidak salah kerana apa yang saya lakukan pada Piala FA ialah merehatkan ramai pemain utama tetapi pada masa sama, saya mahu pastikan kami mampu melangkah ke pusingan seterusnya.

“Sudah tentu kami berdepan beberapa masalah dan juga Pedro serta Morata tidak boleh bermain tetapi kami akan cuba mendapatka­n tiga mata.” - AFP

 ??  ?? MORATA digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.
MORATA digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia