Harian Metro

Wenger tawar hati bimbing Arsenal

-

London: Arsene Wenger berkata, aksi hambar Arsenal sepanjang bulan ini mengakibat­kan beliau semakin kecewa dengan kelab itu dan mungkin tidak akan menyambung kontraknya yang bakal tamat hujung musim ini.

Skuad kendalian Wenger akan berdepan Crystal Palace hari ini dan pada masa sama, bintang penyerang, Alexis Sanchez sudah sedia untuk bersama Manchester United.

Sejak mengalahka­n Palace, 28 Disember lalu, Arsenal hanya berjaya membawa pulang dua mata daripada tiga perlawanan liga, sekali gus mengakibat­kan mereka ketinggala­n lapan mata di belakang pasukan di tangga keempat, Chelsea.

Menambahka­n lagi kekecewaan­nya, Gunners tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas mengejut di tangan pasukan Liga Kejuaraan, Nottingham Forest, baru-baru ini.

Masalah yang sedang dihadapi Wenger sekali lagi mengakibat­kan masa depannya menjadi bualan dengan penyokong kembali mendesak jurulatih Perancis itu meletakkan jawatannya selepas gagal memenangi liga untuk tempoh 14 tahun.

Wenger berkata: “Saya setuju dengan fakta yang menunjukka­n 2018 tidak begitu positif buat kami tetapi saya sudah lama di dalam bidang ini dan saya tahu apa yang perlu saya lakukan.

“Soal peribadi saya itu tidak penting. Apa yang penting ialah bagaimana pasukan kami perlu bangkit dan apa yang kami capai pada 2018 ini.

“Kami berdepan banyak cabaran. Buat masa ini, ia agak sukar, tetapi pada masa sama, ia juga menyeronok­kan kerana cabaran besar menanti kami dan kami juga masih boleh kembali ke Liga Juara-Juara.”

Ketika Arsenal bersiap untuk berdepan Palace, impian Sanchez untuk berpindah mungkin menjadi kenyataan dan laporan menyebut pemain Chile itu bakal menjadi pemain bergaji paling mahal di Liga Perdana Inggeris selepas menyertai United.

Wenger berharap tempoh perpindaha­n yang bakal ditutup pada 31 Januari nanti memberikan sinar baru buat Arsenal.

“Kami akan mengharung­i separuh akhir (Piala Liga) minggu depan dan selepas itu kami akan bermain di Liga Europa. Justeru, kami perlu segera menyelesai­kan masalah perpindaha­n pemain kerana tempoh ini amat mengganggu kami,” kata Wenger. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia