Harian Metro

BERI PALLARES MASA

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Keon gesa penyokong bersabar, yakin import baru mampu tingkat prestasi

Khairul Helmi Johari meminta penyokong Kedah agar bersabar dan memberi ruang serta masa kepada pemain import baru, Pablo Pallares untuk menyesuaik­an diri dengan bola sepak Malaysia.

Orang lama skuad Helang Merah itu yang lebih mesra disapa Keon berkata, masih terlalu awal untuk mereka membuat penilaian apatah lagi menjatuhka­n hukuman ke atas Pallares memandangk­an dia baru saja menyertai pasukan.

“Belum sampai sebulan Pablo bersama kami, jadi tidak adil untuk kita membuat penilaian mengenai prestasiny­a apatah lagi hanya berdasarka­n perlawanan persahabat­an.

“Memang diakui dia tampak agak bergelut dalam perlawanan menentang PKNP tapi tidak boleh dijadikan ukuran oleh penyokong untuk terus mengatakan dia tidak bagus,” ujar Keon.

Prestasi Pallares yang kurang memberangs­angkan dalam perlawanan persahabat­an bakal tampil dengan persembaha­n berbeza kerana pembentuka­n pasukan dilihat lebih sempurna termasuk mendapat khidmat lima pemain import berkualiti. menentang PKNP FC, Rabu lalu mencetuska­n resah di kalangan penyokong

“Pembentuka­n pasukan kali ini dilihat begitu cantik serta lancar dan kami memiliki lima pemain import berkualiti yang mampu menggalas misi getir di Liga Super,” katanya. setia pasukan sehingga ada yang mempertika­ikan pemilihann­ya.

Malah, Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (KEPDA) melalui presidenny­a, Nor Asmadi Hamzah berkata, mereka juga meragui kemampuan sebenar Pallares berdasarka­n rekod lampau pemain itu yang membuktika­n dia bukan peledak gol.

Keon berkata, sebagai pemain yang pertama kali menempuh pengalaman bermain di negara ini, sudah tentu Pallares mengalami sedikit kejutan budaya.

“Sebelum ini dia tidak pernah bermain dengan mana-mana kelab di luar Sepanyol. Segala-galanya baru bagi Pablo sama ada kehidupan, budaya serta bola sepak. Saya harap peminat memahami situasi ini serta memberi dia masa untuk menyesuaik­an diri.

“Pada masa sama saya juga berharap Pablo tidak mengambil masa terlalu lama untuk mencari keserasian kerana dia perlu sedar bahawa pasukan dan penyokong menaruh harapan tinggi ke atasnya,” kata Keon.

 ??  ?? DUA pemain import baru Kedah, Alvaro Silva (kiri) dan Pablo Pallares bergambar bersama Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminudin Omar (dua dari kiri), dan Penolong Pengurus skuad Liga Super Kedah, Haris Che Mat.
DUA pemain import baru Kedah, Alvaro Silva (kiri) dan Pablo Pallares bergambar bersama Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminudin Omar (dua dari kiri), dan Penolong Pengurus skuad Liga Super Kedah, Haris Che Mat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia