Harian Metro

Usah berasa rendah diri: Nasriq

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Tiada istilah rendah diri buat pemain Negeri Sembilan apabila kembali beraksi di pentas Liga Super musim ini, selepas empat tahun berturut-turut mengharung­i cabaran Liga Perdana.

Faktor itu ditegaskan bekas kapten pasukan, Mohd Nasriq Baharom yang yakin dengan kekuatan Negeri Sembilan untuk mendepani cabaran Liga Super musim ini apatah lagi mereka dibentuk menerusi barisan pemain tempatan dan import berwibawa.

Katanya, dia dan rakan sepasukan tiada rasa tertekan untuk mengharung­i saingan getir musim ini, biarpun bakal berdepan pasukan yang memiliki reputasi tinggi seperti Johor Darul Ta[zim (JDT), Kedah, Pahang, Perak, Kelantan dan Melaka United.

“Kami amat menghormat­i pasukan berkenaan yang dilihat antara pencabar terkuat Liga Super sejak beberapa

(gambar)

musim sebelum ini, tapi kami tidak boleh jadikan mereka sebagai halangan untuk memenuhi hajat meraih kejayaan.

“Kedudukan sebagai pasukan baru tidak bermakna kami hanya layak berada di bawah, sebaliknya saya rasa semua pasukan memiliki peluang yang sama rata untuk mendominas­i saingan dan apa yang penting kami perlu tunjukkan kekuatan sebenar serta konsisten sepanjang musim.

“Saya yakin menerusi barisan pemain yang dijadikan sandaran pada kali ini, kami mampu memberikan cabaran lebih bermakna terhadap mana-mana pasukan lawan,” katanya.

Tonggak pertahanan berpengala­man berusia 30 tahun itu berkata, kombinasi mantap yang berjaya dibentuk antara pemain import dan tempatan ketika ini membuatkan skuad Hobin Jang Hobin sudah sedia untuk memulakan cabaran Liga Super.

Dia yang masuk musim ketiga bersama skuad berkenaan yakin Negeri Sembilan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia