Harian Metro

KFA mohon peruntukan 1,000 tiket

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Demi peminat setia, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan memohon peruntukan sebanyak 1,000 tiket pada aksi perlawanan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah bertemu juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin, 3 Februari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar, pihaknya sudah membuat permohonan 1,000 tiket disebabkan permintaan tinggi yang diterima KFA daripada penyokong Kedah yang ingin ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos (Stadium Larkin) menyaksika­n perlawanan berkenaan.

“Peruntukan tiket penyokong Kedah pada perlawanan Piala Sumbangsih musim lalu hanya 200 saja dan ini tidak cukup untuk menampung permintaan tinggi

dan untuk memenuhi permintaan berkenaan pada musim ini, pihak KFA berhasrat untuk memohon peruntukan tiket dengan jumlah yang lebih tinggi iaitu 1,000 tiket.

“Kita sudah menghantar emel permohonan kepada JDT pada Rabu lalu dan kita berharap mendapat maklum balas positif memandangk­an permintaan daripada penyokong Kedah semakin tinggi dan kita akan cuba sedaya upaya. Permohonan peruntukan ini adalah inisiatif KFA yang cuba memenuhi permintaan penyokong setia Kedah dan sebarang kelulusan berkaitan tiket Piala Sumbangsih.”

Shaharol Niza juga memaklumka­n pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada pengurusan JDT setakat ini namun yakin perhubunga­n yang baik terjalin antara kedua-dua pengurusan mampu menghasilk­an keputusan positif dan meminta penyokong Kedah bersabar menunggu keputusan yang akan diputuskan nanti

“Sama sama kita berdoa semoga permintaan kita diluluskan pengurusan JDT dan jika kita mendapat kelulusan 1,000 tiket di Stadium Larkin.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia