Harian Metro

NAFAS BARU WARGA KOTA

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Selepas lima tahun hilang dalam radar utama Liga Malaysia (Liga M) yang kini dikenali sebagai Liga Super, skuad Kuala Lumpur kembali membuat kemunculan semula bagi saingan musim 2018.

Kali ini, penampilan­nya lebih gah kerana hadir ke gelanggang utama secara automatik selepas meraih status juara Liga Perdana 2017.

Lonjakan itu sekaligus mengenepik­an seketika detik hitam yang pernah ditempuh ketika beraksi di Liga Perdana 2013 dan terjerumus ke Liga FAM pada 2015. Ia cukup memeritkan, ditambah pula dengan pelbagai isu dalaman yang melanda pasukan termasuk kontrovers­i mengatur perlawanan.

Sedangkan, sebelum ini, skuad yang kini dengan digelar The Hawks pernah mencatat hatrik menjulang Piala Malaysia pada 1987 hingga 1989.

Bagi musim 2018, Kuala Lumpur dijangka akan tampil dengan ‘ramuan Brazil’ apabila bakal ditunjangi oleh empat watak utama dari negara kuasa besar bola sepak dunia itu.

Bermula dengan ketua jurulatihn­ya, Fabio Maciel, Kuala Lumpur turut akan diperkuatk­an oleh tiga import dari Brazil yang diketuai penyerang sensasi, Guilherme De Paula Lucrecio, Jonior Aparecido Guimaro de Sauza dan Paula Josue Stumer dos Reis.

Bagi Maciel, status itu bukan jaminan untuk diserapkan secara automatik ke dalam kesebelasa­n itu kerana beliau bersikap terbuka dan bersedia memberi peluang kepada pemain untuk tampil dengan aksi terbaik.

“Kami kini sedang mempersiap­kan pasukan sebelum aksi pertama menentang Selangor. Semua pemain ada peluang untuk beraksi.

“Penting buat kami untuk ada beberapa perlawanan persahabat­an bagi mengenalpa­sti kelemahan. Untuk itu, pemain perlu gunakan peluang ini untuk buktikan kemampuan masing-masing.

“Bagi saya, sebelum sepak mula, tiada mana-mana pasukan boleh mendabik dada mereka adalah pasukan pilihan. Jadi, Kuala Lumpur juga layak bergelar pencabar utama jika beraksi dengan cemerlang,” kata Maciel.

Hakikat sama diakui bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha Radzak yang menuntut rakan sepasukann­ya supaya tampil lebih baik bagi mengembali­kan kegemilang­an skuad The City Boys.

Bekas tonggak Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu mengakui persiapan kali ini berjalan lancar dan dia sedia untuk mengerah kudrat tanpa mengira posisi mana yang ditetapkan jurulatih.

“Saya tidak kisah untuk diletakkan di mana-mana posisi, asalkan ia bersesuaia­n dengan kehendak pasukan. Apa pun kami masih memerlukan aksi kompetitif untuk memantapka­n pasukan.

“Ia penting untuk persiapan pasukan. Secara peribadi, saya masih belum berpuas

 Tampil dengan ramuan Brazil,

The City Boys pasang impian jadi pencabar liga

hati dengan prestasi sendiri tetapi yakin semuanya akan dapat diatasi sebelum sepak mula,” katanya.

 ??  ?? ZAQUAN antara penggempur baru skuad Kuala Lumpur.
ZAQUAN antara penggempur baru skuad Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ?? Zaquan Adha Radzak
Paulo Josue ?? Dengan kehadiran pemain senior seperti Indra Putra Mahayuddin, ia menambah kekuatan pasukan dan berharap pemain muda lain dapat belajar daripadany­a sekali gus memastikan keserasian pasukan pada tahap terbaik” Semuanya berjalan lancar (persiapan), namun...
Zaquan Adha Radzak Paulo Josue Dengan kehadiran pemain senior seperti Indra Putra Mahayuddin, ia menambah kekuatan pasukan dan berharap pemain muda lain dapat belajar daripadany­a sekali gus memastikan keserasian pasukan pada tahap terbaik” Semuanya berjalan lancar (persiapan), namun...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia