Harian Metro

Bong Gil percaya kemampuan pemain

-

Kunshan, China: Jurulatih Korea Selatan, Kim Bong Gil menuntut semangat juang tinggi anak buahnya untuk menewaskan Malaysia pada aksi suku akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Stadium Kunshan, China hari ini.

Walaupun di atas kertas finalis 2016 itu seharusnya tiada masalah mara ke separuh akhir, namun beliau tetap berwaspada selepas melihat persembaha­n pemain negara mengejutka­n Arab Saudi 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan C.

“Kami mengharung­i perlawanan sukar dengan Australia tapi saya percaya semua pemain akan bersedia berdepan Malaysia. Kami mempunyai pemain yang bersemanga­t tinggi dan saya percaya dengan kemampuan pemain.

“Kami tak menjangkak­an Malaysia boleh menewaskan Arab Saudi dan saya menyaksika­n perlawanan itu, ternyata Malaysia memiliki kekuatan di bahagian serangan dan pertahanan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Korea Selatan menepati ramalan melangkah ke suku akhir apabila muncul juara Kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata hasil kemenangan ke atas Australia 3-2, Vietnam 2-1 dan seri 0-0 menentang Syria.

Biarpun dianggap pasukan pilihan di kejohanan ini selepas tumpas 2-3 kepada Jepun pada final di Qatar 2016, namun agak memeranjat­kan apabila tiada wartawan dari negara itu hadir membuat liputan.

Bong Gil, 51, yang juga bekas jurulatih Incheon United percaya anak buahnya tidak tertekan biarpun mereka memiliki rehat kurang sehari apabila hanya beraksi perlawanan terakhir kumpulan menentang Australia, kelmarin.

“Malaysia ada kelebihan rehat sehari berbanding kami, tapi pemain kami ada semangat juang yang tinggi. Pemain sudah berehat semalam dan saya berharap mereka akan pulih,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau yakin mereka mampu menyingkir­kan Malaysia dalam tempoh 90 minit permainan, Bong Gil berkata: “Saya tidak tahu keputusan perlawanan itu, kami hanya perlu mengharung­i setiap babak dalam permainan dan cuba menjaringk­an gol.”

Kami mempunyai pemain yang bersemanga­t tinggi dan saya percaya dengan kemampuan pemain. Kami tak menjangkak­an Malaysia boleh menewaskan Arab Saudi dan saya menyaksika­n perlawanan itu, ternyata Malaysia memiliki kekuatan di bahagian serangan dan pertahanan” Kim Bong Gil

 ??  ?? BONG Gil (kanan) pada sidang media praperlawa­nan semalam.
BONG Gil (kanan) pada sidang media praperlawa­nan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia