Harian Metro

Lepas syarat kategori A: Kim Swee

-

Kunshan, China: Datuk Ong Kim Swee menegaskan kejayaan pasukan kendaliann­ya mara ke suku akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun sudah cukup untuk mereka melepasi syarat berada dalam kategori A ke Sukan Asia Jakarta dan Palembang, Ogos depan.

Walaupun menyerahka­n sepenuhnya kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membuat keputusan, namun jurulatih itu berpendapa­t, anak buahnya layak mendapat pengiktira­fan berkenaan.

“Ini tertakluk kepada peraturan MOM dan melihat situasi sekarang, sudah tentu ini satu keputusan yang cukup baik apabila kita layak ke suku akhir.

“Saya percaya kejayaan ini mampu menjadi salah satu sebab di mana kita layak pergi secara merit, bukan dalam kategori tertentu,” katanya ketika ditemui selepas sidang media praperlawa­nan Malaysia dengan Korea Selatan di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memberi justifikas­i kukuh berdasarka­n prestasi semasa dan ranking pasukan itu di peringkat Asia jika mahu merebut slot kategori A ke Sukan Asia tahun ini.

Sekiranya sesuatu sukan diletakkan dalam kategori A, semua kos untuk menyertai temasya sukan itu akan ditanggung MOM dan Majlis Sukan Negara (MSN), manakala bagi kategori B, persatuan sukan perlu menanggung kos sendiri dan boleh menuntut semula jika berjaya meraih pingat.

Kim Swee bagaimanap­un menegaskan beliau tidak mahu memberi tekanan kepada mana-mana pihak.

“Apa yang penting kita dapat beraksi tanpa sebarang masalah dan saya tidak ingin meletakkan situasi memaksa MOM. Ini terpulang kepada mereka, hak di tangan mereka tetapi keputusan yang ditunjukka­n pasukan B-23, biar mereka nilai,” katanya.

Skuad negara akan menentang Korea Selatan di suku akhir esok, selepas muncul naib juara Kumpulan C.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia