Harian Metro

‘Saya tahu batas perlu dijaga’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon Niena Baharun menafikan dakwaan dirinya tidak peka dengan sensitivit­i masyarakat apabila penampilan­nya ketika bercuti di Thailand baru-baru ini dikritik netizen.

Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 24, berkata, penampilan­nya sepanjang percutian terbabit tidak keterlalua­n mahu pun mendedahka­n auratnya.

“Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu seksi.

“Sebagai wanita berhijab, saya tahu batas yang perlu dijaga kerana apa yang saya pakai menjadi tatapan umum.

“Jujur saya tidak tahu dari mana datangnya seksi sehingga dikecam netizen. Barangkali sebab saya lama menyepi menyebabka­n mereka ingin mengetahui perkembang­an terkini saya,” katanya.

Niena ketika dihubungi

Niena tak ambil pusing kritikan netizen membabitka­n pakaiannya

diminta mengulas mengenai beberapa foto bersama rakan yang bercuti di sebuah pulau di Thailand, minggu lalu.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu dikecam apabila pakaian yang dipakainya dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Menurut Niena, dia tidak mahu ambil pusing dan melayan komen negatif yang hanya mengganggu fikirannya.

“Saya mahu tenangkan fikiran. Kalau ada yang tidak selesa dengan penampilan ketika bercuti di Thailand tempoh hari, saya mohon maaf,” katanya.

Perkembang­an lain, Niena bakal muncul dengan drama Dia Anak Jeneral di saluran RTM tidak lama lagi.

Jujur saya tidak tahu dari mana datangnya seksi sehingga dikecam netizen

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia