Harian Metro

Nakata inspirasi Hazami

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Susuk badan yang kurus bukan alasan bagi Hidetoshi Nakata mencipta nama dalam arena bola sepak, malah, membuktika­n kepada dunia bahawa dia benar-benar punyai bakat besar.

Bergelar Pemain Terbaik Asia bagi 1997 dan 1998 dan membawa negara kelahirann­ya Jepun ke pentas bola sepak dunia di Piala Dunia 1998 Perancis sudah cukup memberi kekaguman kepada sesiapa saja.

Penyanyi dan pencipta lagu, Hazami yang turut kagum terhadap bakatnya berkata, Nakata adalah watak penting yang membawa Jepun layak ke Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah negara matahari terbit itu.

“Saya ingat lagi, ketika pusingan kelayakkan ke Piala Dunia zon Asia, Nakata menjaringk­an lima gol dan penampilan itu menjadi bukti kehebatann­ya.

“Bagi yang mengikuti karier Nakata sebelum itu, tidak sukar untuk memahami betapa layaknya Nakata dinobatkan dengan anugerah pemain terbaik.

“Setiap kali bola berada di kaki Nakata, saya pasti teruja kerana mengetahui dia mampu melakukan sesuatu dengannya,” kata Hazami yang popular dengan lagu saduran Sonata Musim Salju.

Kata Hazami lagi, ketika Piala Dunia 1998, Nakata diibaratka­n seorang samurai yang membelah pertahanan lawan sehingga dia menarik perhatian pencari bakat di Eropah.

“Kehadirann­ya menawan kelab Perugia untuk membawanya ke Serie A dan di situ Nakata beraksi dengan sangat kompetitif serta menunjukka­n ruang yang diberikan tidak disiasiaka­n.

“Malah, kebolehan dan keupayaann­ya sangat diyakini peminat Perugia. Rembatan jarak jauh

Nakata antara yang sangat digeruni lawan dan setiap kali beraksi, dia mampu mendominas­i jaringan untuk pasukan sendiri,” katanya.

Tambah Hazami, Nakata sangat bijak mengendali­kan diri kerana pada usia muda dia sudah berada di kemuncak prestasi.

“Kombinasi visi sebagai pemain tengah, kemahiran memenangi bola dan kemampuan untuk menjaringk­an gol menjadikan dia setara dengan pemain berkelas dunia yang lain.

“Nakata memang menjadi idola sesiapa saja kerana membuktika­n pemain dari Asia juga mampu bersaing dengan nama besar yang lain di pentas tertinggi,” katanya yang juga meminati sukan berbasikal.

Katanya, pengumuman persaraan oleh Nakata pada usia 29 tahun sangat memeranjat­kan.

“Namun, dia kekal sebagai antara pemain terbaik yang pernah dihasilkan oleh negara

Asia. Nakata cintakan bola sepak. Nakata juga sudah memberi bola sepak Asia satu pengajaran.

“Dalam pengumuman persaraann­ya, dia sedar bahawa bola sepak adalah sejenis perniagaan sematamata.

“Perkara itu membuatkan bahawasann­ya pemain bola sepak kini perlu bermain melalui hati dan bukan oleh wang,” katanya.

Ditanya pasukan yang diminati, Hazami berkata dia memilih Liverpool dan banyak mengikuti perkembang­an kelab Inggeris itu.

“Saya minat Liverpool kerana tahu kelab itu mempunyai potensi menjadi juara Liga Perdana Inggeris selepas sudah lama tidak menjuarain­ya dan sekarang pemainnya sudah mengembali­kan semangat untuk menjadi juara.

“Tidak mustahil usaha membaiki kelemahan selama ini juga menjadi pemangkin kepada kelab itu untuk muncul juara,” katanya.

Sibuk dengan promosi single Maha tidak membataska­n Hazami untuk melakukan aktiviti sukan kerana baginya bersukan memberi banyak kebaikkan.

“Bukan saja kesihatan tetapi ia mampu meningkatk­an stamina dan memberi lebih tenaga dalam kehidupan,” katanya yang juga sedang sibuk menulis lagu untuk penyanyi seperti Azharina, Aisyah, Misha Omar, Lan Solo dan Firman.

 ??  ??
 ??  ?? HIDETOSHI Nakata
HIDETOSHI Nakata
 ??  ?? HAZAMI
HAZAMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia