Harian Metro

Yolanthe miliki naluri keibuan

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Siapa yang tidak mengenali Wesley Sneijder iaitu pemain sensasi dari Belanda yang pernah beraksi bersama

Real Madrid dan Inter Milan serta membantu negaranya muncul naib juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Bagaimanap­un, lebih menarik pemain ini mempunyai seorang isteri yang bukan saja memiliki rupa paras cantik dan bergiat aktif dalam bidang lakonan, malah mempunyai sifat keibuan sangat tinggi.

Isterinya, Yolanthe Sneijder Cabau senang untuk berkongsi cerita mengenai perkembang­an anak kedua mereka Xess Xava yang sudah berusia dua tahun.

Sneijder dan Yolanthe mula berkawan rapat sejak 2009 dan mereka mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2010 di Tuscany, Itali iaitu enam hari selepas pemain tengah itu beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia, di mana mereka tumpas kepada Sepanyol 0-1.

Yolanthe sebenarnya memang mempunyai menyukai kanakkanak kerana dia adalah sebahagian dari pengasas dan duta

Stop Kindermisb­ruik, iaitu yayasan yang mempunyai sasaran untuk menghentik­an penderaan seks ke atas kanak-kanak di negara-negara membangun.

Stop Kindermisb­ruik juga sentiasa mengambil berat dengan membebaska­n dan menghalang kanak-kanak dari aktiviti pelacuran, selain menghilang­kan trauma kepada mereka yang terbabit.

Sekarang Yolanthe berasa sangat gembira melihat,

Xara membesar terutama selepas anak lelakinya itu sudah mencecah usia dua tahun 15 Oktober lalu.

Saya ada berkata kepada Wesley sebelum ini, Xess sudah berusia dua tahun, di mana ia membuatkan saya sangat tersentuh mengimbau kembali kenangan ketika dia masih bayi. Bagaimanap­un, setidak-tidaknya apa yang saya lalui sekarang ini menjadi semakin mudah,” katanya yang juga seorang personalit­i televisyen.

Yolanthe yang sekarang ini berusia 33 tahun mengakui bahawa Xara begitu gembira dan mudah mesra dengan semua orang, seterusnya dia memiliki pengalaman menarik melihat perkembang­an anak keduanya itu.

Perkataan pertamanya ialah bola, dia masuk ke dalam bilik, malah ingin tidur sekali pun tetap akan mengenakan jersi dan tertera nama Sneijder serta nombor 10 di belakangny­a,” kata Yolanthe.

Yolanthe dilahirkan di kepulauan Sepanyol di Ibiza, di mana bapanya, Xavier Cabau adalah usahawan terkenal dan diberi gelaran sebagai ‘Raja Ibiza’ kerana memiliki beberapa restoran dan bar, manakala ibunya pula, Richarda

Van Kasbergen kelahiran Belanda.

Pada 2006, 2007 dan

2009, Yolanthe pernah dicalonkan sebagai Wanita Belanda Paling Seksi di majalah FHM versi Belanda.

 ??  ?? PROFIL
Nama: Yolanthe Sneijder Cabau
Tarikh lahir: 19 Mac 1985
Tempat lahir: Ibiza, Sepanyol
Tempat tinggal: Istanbul, Turki
Karier: Pelakon, model dan pengacara televisyen
Bilangan anak: Dua
PROFIL Nama: Yolanthe Sneijder Cabau Tarikh lahir: 19 Mac 1985 Tempat lahir: Ibiza, Sepanyol Tempat tinggal: Istanbul, Turki Karier: Pelakon, model dan pengacara televisyen Bilangan anak: Dua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia