Harian Metro

BUKAN MASA UNTUK MEMBUAI ANGAN

-

kumpulan, satu pencapaian yang boleh dianggap antara paling luar biasa dalam sejarah moden bola sepak Malaysia.

Semangat juang, kekentalan mental dan teknik tersendiri sendiri pemain bawah 23 tahun kebangsaan sama sekali tidak boleh dinafikan. Mereka kelompok yang berjaya mengisi kehausan semua jenis golongan peminat - fanatik, pengkritik, spesifik mahupun politik.

Tidak perlu mana-mana pihak cuba mencetuska­n sebarang teori negatif mengenai skuad pelapis negara ketika ini.

Dalam senario semasa, tidak boleh disangkal betapa mereka sudah berjaya mencapai tahap usaha dan kemahuan yang jarang sekali dilakukan oleh pasukan-pasukan terdahulu, khususnya era yang disifatkan merudum sejak dua dekad lalu.

Jika ada satu susulan terpenting selepas pencapaian sensasi skuad bawah 23 tahun negara ialah supaya Pengarah Teknikal FAM yang baru, Peter De Roo mengemaski­ni maklumat, memperbaha­rui analisis serta mencarta kerangka nasional yang benar-benar efektif mengenai pembanguna­n teknikal bola sepak Malaysia.

Misalnya, De Roo perlu tertarik dengan ungkapan “street wise” yang digunakan seorang wartawan Arab News, Hassinan Mubarak bagi menggambar­kan corak permainan Malaysia ketika mengejutka­n Arab Saudi 1-0 Selasa lalu untuk layak ke suku akhir.

Atau mungkin De

Roo boleh menggunaka­n komen Kim Swee selepas perlawanan itu supaya warga bola sepak Malaysia terus memahami realiti semasa bola sepak kita. Buat masa ini, keputusan (kemenangan) perlu menjadi ukuran pertama.

Saya tidak mahu bercakap mengenai cara permainan kita. Dalam keadaan sebegini, keputusan paling penting. Saya puas hati dengan keputusann­ya untuk layak ke suku akhir. Ini satu sejarah dan kami pemain membuktika­n kemampun bahawa kita boleh bermain dengan baik,” Kim Swee dipetik sebagai berkata dalam laporan Arab News.

Tulisan saya selepas kekalahan 1-4 di tangan Iraq, jelas ingin mengutarak­an jurang teknik dan permainan yang agak ketara berbanding pasukan Asia Barat. Saya tidak akan menarik balik rumusan itu tetapi pada masa yang sama kagum dan akur dengan prestasi keseluruha­n skuad bawah 23 negara di Jiangsu.

Justeru, antara tugas penting De Roo untuk mencorakka­n pembanguna­n akar umbi bola sepak negara menuju dekad akan datang. Apakah pencapaian di China satu jaminan bahawa bola sepak Malaysia akan lebih baik dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Myanmar dan Singapura tidak lama lagi?

Tiada sebarang jaminan dalam bola sepak, namun tentu ada sesuatu yang positif dalam landskap bola sepak Malaysia untuk masih membolehka­n kita pasukan jagoan di rantau ini.

Yang pastinya, gembargemb­ur pencarian falsafah atau DNA bola sepak Malaysia, diharap tidak mengkaburi fokus mencari ukur banding tahap sebenar bola sepak kita di Asia Tenggara, Asia dan seterusnya. Contoh landasanny­a sudah ada seperti dibuktikan pasukan pelapis negara di China dan langkah susulannya juga boleh diselarika­n dalam perancanga­n jurulatih Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe yang turut berada di Jiangsu.

Di sebalik harapan meluap pada perhitunga­n untuk ke separuh akhir hari ini, elok ketepikan sikap sinis, terlalu optimis atau berlaga premis. Usah buang tenaga cuba masuk ke dalam zon permusuhan - ini ‘kejayaan’ FAM baru atau lama, pasukan bawah 23 lebih baik dari Harimau Malaya, pasukan kita sudah setara dengan Thailand dan sebagainya..

Ini bukan masanya untuk membuai angan, membukti kata atau bangga sampai lupa. Buat masa ini, mungkin cukup dengan “syabas pasukan bawah 23!”. Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia