Harian Metro

SUDAH BERISTERI MABUK BERCINTA

-

Seboleh-bolehnya Spy Bola tidak mahu masuk campur hal rumah tangga orang. Tapi, rintihan isteri kepada seorang pemain bola sepak sebuah pasukan hebat mengundang simpati.

Si isteri yang hanya boleh Spy Bola sebut sebagai F mengadu bahawa suaminya yang dulu bukan siapa-siapa kini sudah berubah sikap sejak namanya menjulang ekoran kejayaan dicipta bersama pasukannya.

Menurut F, suaminya yang Spy Bola sebut S sedang mabuk bercinta dengan peminatnya sendiri sehinggaka­n rumah tangga yang mereka bina sejak enam tahun lalu kini mula goyah dan berantakan.

Malah, perubahan sikap S sangat ketara apabila dia menyatakan kesediaan menceraika­n F untuk berkahwin dengan peminatnya itu.

Kata F, sejak seminggu lalu mereka sudah tidak tinggal sebumbung bagi memberi ruang kepada diri masing-masing menenangka­n diri.

“Kami bercinta sejak zaman sekolah, berkahwin pada 2012 ketika dia tidak punya apa-apa. Kami lalui susah payah bersama sehingga dia mencipta nama sebagai pemain bola sepak.

“Tapi, apabila dia sudah menempa nama serta kejayaan, dia mahu membuang saya begitu sahaja kerana tergilagil­akan seorang peminat.

“Saya sangat sayangkan rumah tangga saya, sedaya upaya mahu menyelamat­kannya walau dia sudah beria-ia mahu bercerai.

“Apatah lagi kami sudah mempunyai dua orang anak perempuan berusia 5 dan 3 tahun. Saya kasihankan anak-anak saya apatah lagi yang sulung sudah bijak bertanya mengapa ayah dan ibunya tidak tinggal bersama lagi,” ujar F.

F berkata, walaupun sudah menemui kekasih suaminya untuk berbincang namun dia tidak menyalahka­n wanita itu seratus peratus kerana ‘bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’.

“Saya harap S dan wanita itu membaca keluhan ini. Kepada suami saya, kembalilah ke pangkuan saya demi rumah tangga serta anak-anak sementara untuk wanita itu, harap dia memahami perasaan seorang wanita bergelar isteri,” luah F.

Spy Bola: Ambil iktibar kisah Madu 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia