Harian Metro

JANGAN TUMBANG KERANA PEREMPUAN

-

Baru-baru ini Spy Bola bersembang dengan bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah mengenai pemain muda negara, Akhyar Rashid.

Sebagai anak Kedah,

Spy Bola dan Azraai turut berasa bangga dengan prestasi ditunjukka­n Akhyar di Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun sehingga menjadi bualan banyak pihak.

Dalam pada itu

Azraai tidak habishabis melahirkan kebimbanga­nnya mengenai masa depan Akhyar yang pada beliau boleh hancur jika tidak dibimbing dengan betul.

“Ini kerana cabaran yang bakal dihadapi oleh Akhyar selepas ini bukan calang-calang. Saya bimbang, jika tersalah langkah, bakat besar dimilikiny­a akan ‘layu sebelum kembang.”

“Saya harap akan ada seseorang yang boleh membimbing­nya sama ada kehidupan peribadi mahupun kariernya. Mungkin abangnya, Rafdi orang paling layak kerana dia juga ada pengalaman sebagai pemain yang sudah tahu asam garam bola sepak,” kata Azraai.

Menurut Azraai, salah satu faktor yang boleh membawa kepada kejatuhan seseorang pemain muda adalah peminat perempuan.

“Tidak syak lagi pemain kacak seperti Akhyar akan ada peminat perempuan menggilain­ya. Kalau setakat meminati biasa-biasa tak mengapa, yang dibimbangk­an jika keterlalua­n.

“Bila sudah di kelilingi perempuan serta terasa diri glamor, seseorang pemain boleh hilang fokus. Akhirnya kariernya akan musnah,” ujar jurulatih itu.

Spy Bola: Zaman glamor sudah berlalu.

 ??  ?? AZRAAI KHOR
AZRAAI KHOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia