Harian Metro

Donald Duck kembali!

-

Peluang menangi percutian ke Disneyland Hong Kong menerusi peraduan sempena pelancaran animasi Woo-oo

Donald Duck terpaksa membawa anak saudaranya, Huey, Dewey dan Louie tinggal bersama saudara mereka, Scrooge McDuck.

Di rumah agam McDuck Manor, kembar berkenaan mendapat tahu rahsia keluarga mereka dan pembongkar­an itu membawa tiga beradik terbabit ke Lost City of Atlantis.

Barisan pelakon suara yang menghidupk­an watak DuckTales adalah David Tennant, Danny Pudi, Kate Micucci, Beck Bennett, Toks Olagundoye dan Tony Anselmo.

MENANG PERCUTIAN KE DISNEYLAND HONG KONG

Sementara itu, sempena pelancaran animasi Woooo, Disney akan menganjurk­an pelbagai aktiviti menarik bagi peminat setia antaranya peraduan memenangi percutian percuma ke taman tema Disneyland Hong Kong.

Peraduan sehingga 6 Februari ini cuma memerlukan peminat mengambil bahagian dalam Scrooge’s Money Bin di pusat belibelah Sunway Pyramid.

Lebih istimewa, peminat berpeluang bertemu dengan Donald Duck yang akan membuat penampilan istimewa di Sunway Pyramid hari ini dan esok.

Selain itu, pembaca juga boleh menyertai peraduan berkongsi gambar dan video membuat ekspresi muka Donald Duck di Facebook menerusi tanda pagar #WooMoments.

Pemenang berpeluang muncul dalam saluran Disney dan maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di Facebook Disney Channel Asia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia