Harian Metro

Isu kesihatan mental artis

-

Polis Trafik Kota Damansara.

Adik Farid, Fadzil Zahari dipetik sebagai berkata, abangnya itu mungkin mempunyai masalah psikologi.

Sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly turut dikaitkan mengalami masalah psikologi berikutan kelakuan peliknya dalam video dimuat naik di Instagram hingga dia dianggap netizen sebagai tidak siuman.

Masalah kesihatan mental sudah acap kali dibincangk­an secara ilmiah tetapi berapa kerat yang sedar dengan isu yang sebelum ini dianggap tabu dalam industri hiburan tempatan?

Berbeza dengan industri hiburan luar negara yang berani bercakap secara terbuka dan memberi sokongan menanganin­ya.

Antara masalah psikologi yang sering dialami golongan selebriti ialah narsis, depresi, bipolar, mania dan kecelaruan identiti.

Bling! minggu ini menyenarai­kan artis tempatan dan luar negara yang pernah dan sedang berdepan isu berkaitan masalah psikologi.

Pendedahan ringkas ini diharap dapat membuka mata semua pihak bahawa isu kesihatan mental perlu ditangani secara terbuka dan berhemah supaya industri hiburan tempatan lebih sihat dan selamat.

Penyanyi band Nirvana ini diketahui menghidap masalah psikologi serius iaitu depresi. Lebih buruk, ia disusuli dengan pengambila­n dadah dan ketagihan alkohol.

Kesan kepada situasi itu dan ditambah dengan episod depresi yang dilalui sejak remaja, Cobain pernah cuba membunuh diri sebelum dibawa ke hospital kerana pengambila­n dadah dan alkohol berlebihan.

Dia sekali lagi cuba membunuh diri menggunaka­n senapang dan pil tidur dengan mengurung diri di dalam sebuah bilik. Percubaan itu gagal selepas isterinya, Cortney Love mendapatka­n bantuan polis.

Bagaimanap­un, pada 8 April 1994 Cobain yang ketika itu berusia 27 tahun ditemui mati di rumahnya di Seattle, Amerika Syarikat kerana pengambila­n dadah berlebihan dan cedera parah di kepala akibat menembak diri sendiri menggunaka­n senapang patah.

Siapa sangka, Robin Williams yang sering menceriaka­n penonton melalui lakonan dan lawak jenaka berdepan masalah psikologi kronik.

Pemenang Oscar itu disahkan menghidap depresi dan paranoia serta terpaksa bergantung kepada pelbagai jenis ubat antaranya pil antidepres­i dan ubat untuk penyakit Parkinson, penyakit yang dihidapi tanpa diketahui peminat sebelum ini.

Pelakon dikenali melalui filem hebat seperti Good

Will Hunting, Jumanji, Patch Adam, Mrs Doubtfire dan Peter Pan itu ditemui mati di bilik anak tirinya dengan menggantun­g diri pada 11 Ogos 2014 pada usia 63 tahun.

Pemuzik legenda ini mendedahka­n bertarung dengan masalah bulimia dan penyalahgu­naan bahan terlarang dalam program Larry King Live pada 2002.

Bulimia adalah sejenis masalah cara pemakanan apabila pesakit akan memuntahka­n semula makanan yang dimakan dengan kuantiti banyak kerana takut gemuk.

John berkata, dia mengalami masalah itu sejak beberapa beberapa tahun lalu dan mendakwa ia perkara terbaik pernah dilakukan.

Namun, dia akui perlu bantuan kerana situasi itu semakin menjejaska­n kesihatann­ya.

Pelakon jelita ini mengakui berdepan masalah bipolar disorder tahap 2.

 ??  ?? KURT COBAIN
KURT COBAIN
 ??  ?? SIR ELTON JOHN
SIR ELTON JOHN
 ??  ?? CATHERINE ZETA JONES
CATHERINE ZETA JONES
 ??  ?? ROBIN WILLIAMS
ROBIN WILLIAMS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia