Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 10 malam CEREKARAMA: JODOH TAK SALAH ALAMAT TV3, 2 petang PANGGUNG SABTU: SON OF SARDAAR TV3, 12.30 tengah malam TV 3 CINEMA: TOP GUN

Luqman pernah mengenali seorang gadis bernama Diana. Perkenalan mereka terjadi ketika Luqman tanpa sengaja melanggar keretanya.

Diana berpenampi­lan seksi dan mengamalka­n cara hidup Barat. Hal itu membuatkan Luqman bersangka buruk terhadap Diana.

Pada suatu hari, Luqman ke masjid dan terserempa­k dengan seorang gadis cantik iaitu Adawiyah. Dia tidak tahu bahawa Diana dan Adawiyah adalah orang yang sama.

Diana yang pernah terbabit dalam kemalangan dan sejak itu hidupnya berubah sepenuhnya.

PELAKON : Akim Ahmad, Farza Naquiraish­a, Sharifah Shahora, Adam Shahdan Mengisahka­n dendam antara dua keluarga yang berpanjang­an sejak beberapa tahun. Jaswinder Randhawa bersembuny­i di London sedangkan musuhnya, Balwinder Sandhu berada di Punjab menantikan kepulangan­nya.

Balwinder bersumpah membalas dendam terhadap kematian bapanya. Pada satu hari, Jassi mendapat surat ada seseorang ingin membeli rumahnya di Punjab.

Dia pulang ke kampung halamannya. Di Punjab, Jassi berkenalan dengan Billu. Billu yang kasihan melihat Jassi mengajak dia untuk bermalam di rumahnya.

Bagaimanap­un, mereka akhirnya mengetahui Billu adalah singkatan untuk Balwinder sedangkan Jassi adalah Jaswinder.

PELAKON : Ajay Devgan, Sonakshi Sinha, Sanjay Dutt dan Salman Khan Maverick seorang pelajar di Top Gun Naval Fighter Weapons School iaitu sekolah elit yang melatih juruterban­g.

Maverick sering menimbulka­n kekecohan kerana ingin menjadi yang terbaik. Selain itu, dia juga sebenarnya cuba memikat jurulatih wanita yang bertugas.

PELAKON : Tom Cruise, Kelly McGillis, Val Kilmer, Anthony Edwards dan Tom Skeritt

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia