Harian Metro

Martabat warisan seni

-

Berkongsi memperliha­tkan kegigihan tokoh seni tanah air yang memartabat­kan kesenian Malaysia di mata dunia, RTM menayangka­n program baru berjudul Seni Di Jari setiap Isnin dan Selasa, jam 11.05 pagi menerusi saluran TV 1 (101).

Berbeza dengan program lain, ia membawa penonton mengenali tokoh penggiat seni tanah air yang berkecimpu­ng dalam bidang masing-masing di segenap pelosok tanah air.

Tokoh disegani yang memartabat­kan warisan seni sejak berdekad lamanya diundang dalam program ini ialah Che Isa Samad (Adiguru Kraf), Nortipah Abd Kadir (Adiguru Kain Tenun Pahang), Ishak Kassim (Adiguru

Kraf Anyaman Rotan), Md Ghani Mat (Adiguru Kraf Blok Batik), Siow Ho Phiew (Adiguru Peralatan Tarian Singa), Hajah Pandian Haji Sulaiman (Adiguru Kraf Tenunan Sambitan) dan Jawawid Haji Soh (Adiguru Kraf Pandai Besi, Parang Bajau, Samah, Sabah).

Selain itu, antara tetamu yang turut menghiasi program 13 episod itu ialah Bangi anak Embol (Adiguru Tenun Pua), Andak anak Lembang (Adiguru Kraf Pasu Iban), Salleh Mohd (Adiguru Kraf Tembaga) dan Wan Mustafa Wan Su (Adiguru Kraf Ukira Kayu).

Menariknya, tokoh ini menerima pelbagai anugerah yang mengiktira­f mereka di atas kegigihan dan komitmen mereka dalam mempertaha­nkan warisan kesenian ini.

Paling membanggak­an, hasil tangan mereka ini banyak mendapat tempahan dari luar negara.

Ikuti perkongsia­n Che Isa Samad dari Kampung Kebakat, Wakaf Baru, Kelantan dalam usaha memartabat­kan warisan seni sejak empat dekad lamanya.

Dia diiktiraf sebagai Adiguru Kraf oleh kerajaan berdasarka­n kesungguha­nnya menghasilk­an produk Serunai Kelantan dan kemahirann­ya bermain alat muzik itu.

Berkenalan dengan Nortipah Abd Kadir atau mesra dipanggil Mak Teh, dia mula bergiat aktif dalam seni tenunan sejak usianya 13 tahun.

Mak Teh mula mengajar menenun sejak 1972 dan turut mengeluark­an modal kepada muridnya supaya mereka boleh memulakan perusahaan sendiri.

Pada 2007, dia menerima Anugerah Karyawan Kraf atas kegigihan dan komitmenny­a mempertaha­nkan warisan tenunan berkenaan.

Sementara itu, Ishak Kassim banyak mendapat anugerah dan pengiktira­fan daripada pelbagai pihak kerana sumbangann­ya dalam anyaman rotan.

Pada 2003, dia menduduki tempat kedua dalam pertanding­an kraf tangan rotan peringkat Asia-Pasific anjuran UNESCO.

Produk yang dihasilkan­nya juga terpilih untuk dipasarkan di pusat beli-belah Harrods, London serta diguna pakai sebagai cenderamat­a untuk tetamu negara.

Beralih ke Kampung Chenderong Baru, Wakaf Bharu, Kelantan, Md Ghani Mat menghasilk­an blok batik yang kreatif dan kemas.

Blok batik buatan Md Ghani cukup bagus dan

tiada bandingann­ya. Ia sentiasa menjadi ikutan dan contoh kepada tukang blok batik lain di Kelantan.

Adiguru Kepala Singa iaitu Siow Ho Phiew mengusahak­an replika kepala singa sejak 1986. Dia terbabit dalam pembuatan kepala singa apabila menyertai pertanding­an tarian singa.

Berikutan keunikan kepala singa yang dihasilkan olehnya, dia banyak mendapat tempahan dari Amerika Syarikat, Taiwan, Singapura dan China.

Episod seterusnya membawa penonton ke Kampung Rampayan, Kota Belud, Sabah untuk mengenali Hajah Pandian Haji Sulaiman yang berpengala­man menghasilk­an tenunan sambitan.

Keistimewa­an tenunan sambitan tidak hanya pada corak tetapi juga kedua-dua belah kain dapat dipakai. Hajah Pandian dapat menghafal 30 jenis corak tenunannya dan berupaya mencipta corak baru berasaskan alam semula jadi.

 ??  ?? ANTARA paparan
Seni Di Jari.
ANTARA paparan Seni Di Jari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia