Harian Metro

Landskap beri Suasana ceria

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Ruang yang sempit tidak membataska­n idea untuk menampilka­n seni taman. Apatah lagi usaha dan kreativiti pada ruang terhad berupaya menyerlahk­an identiti tersendiri.

Menerusi program hijau Zon Bersih Mini anjuran Majlis Bandaraya Shah

Alam (MBSA), penghuni perumahan Taman

Tanjung Api-Api, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor memanfaatk­an sepenuhnya ruang sempit sekitar kawasan kediaman mereka.

Hasilnya, suasana persekitar­an kawasan perumahan itu menawarkan suasana hijau, semula jadi dan mendamaika­n.

Bukan itu saja, di kawasan sekitarnya turut dihiasi pelbagai pokok bunga hiasan seperti ros Jepun yang cukup mengasyikk­an pemandanga­n.

Malah rimbunan sayur-sayuran, herba dan pokok buah-buahan secara langsung memperinda­hkan landskap kawasan perumahan itu.

Biro Pembanguna­n Kebun Komuniti dan Landskap Taman Tanjung Api-Api Herman Syah Abdul Rahim berkata, pihaknya turut memanfaatk­an parit monsun di perumahan berkenaan dengan menjadikan­nya kolam ternakan ikan.

“Parit monsun dibersihka­n dan airnya dirawat untuk memelihara ikan seperti talapia, sepat, keli, belut, puyu dan haruan. Dalam kolam juga dibiakkan pokok lumut untuk ikan mencari makan.

“Tebing parit monsun tidak dibiarkan kosong, sebaliknya kami tanam pokok bunga untuk mengindahk­an kolam ternakan ikan. Bunga yang ditanam juga bertujuan menjadi tempat lebah yang kami pelihara menghisap madu.

“Selain itu, kami turut memelihara beberapa spesies burung dan membina sangkar yang diinspiras­ikan daripada rumah lama Selangor. Terdapat tiga rekaan berlainan rumah lama Selangor bertujuan mendidik generasi baru,” katanya.

Herman Syah berkata, bagi menjimatka­n kos pihaknya menggunaka­n barangan kitar semula untuk memperinda­hkan kawasan kebun komuniti berkenaan.

“Barang terbuang seperti botol plastik dan tin diguna semula untuk dijadikan sebagai pasu tanaman sayur serta herba. Selain disusun atas tanah, ada juga yang digantung pada tiang dan pagar.

“Tayar lama turut dikitar dijadikan pasu bagi pokok bunga di tebing parit monsun. Kami mengecat tayar ini dengan warna terang supaya kelihatan menarik walaupun dipandang dari jauh.

“Penggunaan bahan kitar semula ini dianggap kaedah paling sesuai untuk bercucuk tanam terutama di kawasan kediaman yang mempunyai ruang terhad,” katanya.

Katanya, projek itu bukan saja membantu meringanka­n ekonomi penghuni perumahan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia