Harian Metro

Terap nilai positif melalui dekorasi

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Memperinci­kan ruang kediaman pencinta keindahan dekorasi ini, ada sesuatu keunikan yang sukar digambarka­n dengan kata-kata.

Latar landskap hijaunya bagaikan menyambut kunjungan penulis dan jurugambar ke kediamanny­a di Kampung Medan, Telok Panglima Garang, Selangor baru-baru ini.

Singgah seketika di ruang santai yang dibina khas bersebelah­an pintu utama kediaman, nyata sesi temu bual juga selesa dilakukan di situ.

Idea penataan ringkas di ruang itu pastinya membuatkan tetamu dan keluarga gemar menjadikan ia sebagai lokasi paling privasi.

Lengkap dengan set meja, kerusi makan santai dan hiasan ringkas kemudian berbual sambil menjamu selera pula menghadap kolam air berpancura­n di depan mata. Siapa yang tidak teruja!

Apatah lagi papan nota yang tertulis perkataan ‘Selamat Datang Metro’ menyingkap mesej tersirat bahawa penghuniny­a begitu menghargai kunjungan kami.

Melangkah masuk ke ruang tamu pula, seakanakan membawa gambaran pemiliknya Siti Ruby Mahyah, 40, mempunyai idea tersendiri dalam setiap susun atur perabot dan elemen hiasan di situ.

Bagi wanita yang gemarkan kelainan dalam penataan ini, semuanya perlu tampil dalam suasana selesa, bersih dan tidak menghalang laluan pergerakan.

“Idea dekorasi di ruang tamu ini sekadar biasabiasa, memadai dengan reka letak perabot yang ringkas.

“Memandangk­an putih dan krim adalah rona dominan, kehadiran elemen hiasan bercorak serta berwarna berbeza seperti bantal hiasan bermotif bunga menjadi keutamaan.

“Ia bagi menonjolka­n suasana seimbang dan tidak tenggelam dalam dua warna itu,” katanya.

Malah suri rumah yang mengusahak­an spa Muslimah itu turut menjadikan dekorasi sebagai salah satu usaha

 ??  ?? ILHAM penataan ala Inggeris.
ILHAM penataan ala Inggeris.
 ??  ?? RUANG dinding juga dihias ringkas.
RUANG dinding juga dihias ringkas.
 ??  ?? SEGENAP sudut di ruang dapur ini dimanfaatk­an sebaik mungkin.
SEGENAP sudut di ruang dapur ini dimanfaatk­an sebaik mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia