Harian Metro

Elemen muzik hiasi ruang

- Susunan Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Muzik dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana ia memberi ketenangan jiwa kepada seseorang. Ini kerana jiwa seseorang akan tenteram terutama apabila mendengar muzik kegemarann­ya.

Sebenarnya, muzik bukan saja menjadi halwa telinga, malah mampu menawarkan sesuatu yang istimewa kepada setiap orang khususnya sentuhan dekorasi kediaman.

Kreativiti dalam mencipta ruang menjadikan muzik sebagai santapan mata yang turut memberikan kesan tenang dan selesa.

Caranya, gunakan perabot dan dekorasi berinspira­sikan muzik. Dram atau gendang antara alat muzik yang paling mudah dijadikan perabot.

Umpamanya gendang kecil yang sesuai boleh dijadikan rak gantung dalam bilik kanak-kanak.

Selain rak, gendang juga boleh dijadikan meja kopi atau meja katil. Namun, penting untuk anda ambil tahu setiap material alat muzik itu.

Gendang kayu lama antaranya sesuai dijadikan meja untuk bilik berkonsep vintaj.

Malah gendang juga mampu memberi kesan iluminasi kepada kediaman apabila ia dijadikan lampu.

Sudut bilik tidur anda pula pasti kelihatan lain daripada yang lain dengan lampu berdiri berasaskan gendang.

Lampu daripada gendang juga boleh digantung untuk memberikan pencahayaa­n menyeluruh kepada ruang.

Sementara itu, meja kopi berlatarka­n piring hitam lama juga bukan sesuatu yang kita sering lihat dan menjadikan rekaan itu elegan dan praktikal sekali gus dikagumi tetamu.

Inspirasi lain yang membuatkan mata tidak jemu memandang adalah rak majalah daripada piring

 ?? FOTO: ?? MANFAAT
gitar rosak jadi perabot
unik.
FOTO: MANFAAT gitar rosak jadi perabot unik.
 ??  ?? MEJA daripada gendang kayu lama sesuai untuk konsep vintaj.
MEJA daripada gendang kayu lama sesuai untuk konsep vintaj.
 ??  ?? BILIK anak pasti comel dengan rak daripada susunan gendang kecil.
BILIK anak pasti comel dengan rak daripada susunan gendang kecil.
 ??  ?? MEJA biasa jadi luar biasa dengan kemasan nota muzik.
MEJA biasa jadi luar biasa dengan kemasan nota muzik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia