Harian Metro

Pokok dalam bangunan

-

Kualiti udara dalaman memberikan kesan kepada kesihatan, keselesaan dan kebolehan untuk bekerja. Kualiti udara tidak baik boleh menyebabka­n pelbagai masalah kesihatan dalam jangka pendek dan panjang jika

Antaranya Sindrom Bangunan Sakit (SBS) yang menyebabka­n individu dalam bangunan mengalami gejala seperti pening, sakit kepala, pedih mata, lesu, masalah pernafasan, gatal-gatal kulit, batuk, kerengsaan pada mata, hidung dan tekak serta hilang tumpuan.

Terdapat banyak punca bahan cemar udara dan antara yang lazim ialah asap tembakau persekitar­an (ETS), pelbagai bahan kimia seperti formaldehi­d yang dibebaskan daripada hiasan, perabot dan bahan binaan bangunan, sebatian organik meruap yang dibebaskan daripada penggunaan pelarut dan ozon yang dibebaskan mesin fotostat serta pencetak laser.

Dalam kebanyakan kes SBS ini, ia didapati biasanya berlaku di bangunan pejabat.

Namun, boleh juga berlaku dalam bangunan komersial seperti sekolah, hospital dan kediaman.

Bagi menangani masalah ini, penambahan pokok dalam bangunan adalah cara semula jadi untuk membantu menghilang­kan bahan pencemar dengan ketara.

Banyak kajian berkenaan kesan menanam pokok dalam bangunan kepada produktivi­ti, tahap tekanan dan kualiti udara.

Ramai yang membuktika­n pokok dalam bangunan memberikan kesan pemulihan dan menenangka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia