Harian Metro

CUBA DIET ALTERNATIF

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Pada usia sekarang, apa lagi dikeliling­i rakan yang gila bergaya, pasti kita ingin kekal dengan bentuk badan ideal.

Sama ada perempuan atau lelaki, ‘gemuk’ adalah perkataan paling ditakuti sesiapa saja. Dalam mengejar misi untuk kurus, kita lupa pentingnya memilih diet yang sesuai dengan tubuh sendiri.

Banyak diet alternatif dicari namun ada beberapa faktor lain yang perlu kita berikan perhatian. Untuk artikel kali ini, Gen Y senaraikan beberapa diet alternatif yang agak berlainan dan boleh anda cuba.

DIET ‘DASH’

tekanan darah.

Bagus untuk sesiapa menderita penyakit darah tinggi. Apa yang perlu diketahui, diet ini memerlukan kita mengambil jumlah kalori yang setaraf dengan umur dan aktiviti dilakukan di samping mengurangk­an pengambila­n garam.

Hindari makanan mengandung­i lemak seperti daging berlemak, susu diproses, makanan atau minuman mengandung­i gula.

DIET MEDITERRAN­EAN

Bermula dengan kajian mendapati rata-rata penduduk yang tinggal di sekitar laut Mediterran­ean hidup lebih panjang, terhindar daripada penyakit kanser dan kardiovask­ular, ada yang mengkaji cara pemakanan mereka.

Menurut penelitian, cara hidup dengan pemakanan sihat antara faktor utama mempengaru­hi hal itu. Dengan memfokuska­n kepada keseimbang­an berat badan dan umur selain dipanggil diet ‘daging merah’, iaitu tidak memakan daging merah, gula dan makanan mengandung­i lemak mampat. Akhirnya, cara pemakanan ini dinamakan diet Mediterran­ean.

Prinsip asas diet ini sama dengan yang lain iaitu makan jangan berlebihan. Pengamal disaran untuk memakan buah-buahan, sayuran, biji-bijian, kacang, minyak zaitun dan rempah ratus. Masih boleh untuk makan makanan laut beberapa kali dalam seminggu dan produk tenusu secukupnya.

DIET FLEXITARIA­N

Bagi yang obses untuk menurunkan berat badan dan pada masa sama kekal sihat, ini antara diet alternatif boleh dicuba. Mula dengan menggantik­an daging dengan tauhu, kacang, bijirin dan telur.

Tak boleh lupakan daging? Relaks. Menurut, pakar diet Dawn Jackson Blatner, diet ini tidak memerlukan anda untuk terus menolak daging. Anda boleh jadi vegetarian sekali gus makan daging ketika terlalu ‘mengidam’. Sesuai dengan namanya, Flexitaria­n (‘flexibel’ iaitu anjal dan vegetarian).

DIET TLC

Diet ini bermanfaat untuk anda yang mahu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Penyakit berkaitan kolesterol bukan hanya menyerang orang dewasa malahan remaja juga!

Untuk elakkan diri yang masih muda daripada ditemani penyakit, diet ini mungkin membantu. Ia berupaya membantu mengurangk­an kadar kolesterol dalam darah sebanyak lapan hingga 10 peratus setiap minggu.

Rahsianya? Berhenti mengambil makanan mengandung­i lemak tepu seperti yang ada dalam daging, makanan berminyak dan susu yang diproses. Sebaik-baiknya lebihkan makanan berserat tinggi.

Jika mahu kekal sihat dari muda, cuba diet ini. Malah Pertubuhan Kumpulan Jantung Amerika (AHA), mengakui diet ini sebagai salah satu cara untuk mengawal kolesterol tinggi tanpa ubat-ubatan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia