Harian Metro

LANCAR AZAM TAHUN BARU

- Fatin Farhana Japre

Seramai 3,000 peserta membanjiri pekarangan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bagi memeriahka­n larian SHiNE Resolution anjuran Sun Life Malaysia baru-baru ini.

Berkonsepk­an resolusi tahun baru, larian ini bertujuan mempromosi dan melancarka­n azam tahun baru setiap pelari yang hadir.

Rata-rata peserta yang hadir adalah belia berbilang kaum dan keterujaan jelas terpancar di wajah mereka yang berkumpul seawal jam 6 pagi.

Selepas melakukan senaman meregangka­n otot, peserta bagi kategori 12 kilometer (km) dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Raymond Lew tepat pada jam 6.45 pagi. Acara pelepasan itu diikuti oleh peserta bagi kategori 5km pada jam 7.15 pagi.

Kelainan larian ini adalah di trek larian 5km apabila peserta dikehendak­i melalui dua jenis halangan yang menyeronok­kan.

Selain itu, di garisan penamat pula peserta diberi empat pilihan loceng untuk menentukan azam tahun ini sama ada kesihatan, kekayaan, pembanguna­n diri atau sikap.

Bagaimanap­un, tiada halangan disediakan untuk trek larian peserta bagi kategori 12km. Turut disediakan tiga stesen air sepanjang trek larian 12km dan satu stesen air untuk peserta 5km.

Lebih kurang pada jam 8.30 pagi, keseluruha­n peserta bagi kedua-dua kategori tiba di garisan penamat.

Kemeriahan acara larian ini bukan setakat itu saja malah peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik di zon SunSHiNE.

Antara aktiviti yang disediakan ialah permainan papan bersaiz besar mengenai kepentinga­n perlindung­an insurans dan boleh disertai semua peringkat umur.

Manakala gerai SunActiv pula memperkena­lkan aplikasi ganjaran mudah alih terbaru Sun Life, cuci gambar Instagram tanpa had dan banyak lagi aktiviti menarik sehingga acara tamat sekitar jam 11 pagi.

Selain itu, Sun

Life Malaysia turut menganjurk­an sesi cabutan bertuah dengan menyediaka­n hadiah menarik seperti iPhone X, Samsung 55 inci, Playstatio­n 4, GoPro 5 Session dan fon kepala Beats.

Lew berkata, dia sangat menghargai sokongan peserta yang menyertai acara larian ini.

“Tahun ini, jumlah penyertaan meningkat 50 peratus daripada tahun lalu. Sambutan menggalakk­an ini selaras dengan misi kami untuk membantu rakyat Malaysia mengamalka­n gaya hidup sihat dan cergas.

“Menerusi larian ini juga peserta boleh beramal kerana 10 peratus daripada

3,000 peserta meriahkan larian SHiNE Resolution

yuran penyertaan akan disalurkan kepada badan HOPE dan Diabetes Malaysia.

“Jumlah sumbangan keseluruha­n yang bakal disalurkan kepada keduadua badan terbabit adalah RM240,000 hasil sumbangan peserta dan rakan penaja,” katanya.

Katanya, dia berharap peserta mengalami keseronoka­n luar biasa menerusi acara larian ini dan mengucapka­n jutaan terima kasih kepada peserta dan rakan penaja.

“Tanpa anda, acara larian ini tidak mungkin menjadi meriah sebegini. Oleh itu, kami berharap peserta tahun ini akan terus menyokong kami pada tahun hadapan dan seterusnya,” katanya.

Peserta, Nur Amira Dahlan, 24, berkata dia sangat teruja apabila mengetahui larian ini akan dianjurkan lagi tahun ini.

“Ini pengalaman kedua buat saya, namun kali ini saya mengajak tiga lagi rakan untuk bersama-sama berlari ke garisan penamat.

“Saya mahu menyertain­ya lagi dan berharap pihak penganjur akan memperbany­akkan aktiviti sampingan yang menarik,” katanya.

Acara larian ini turut mendapat kerjasama daripada rakan penaja seperti Score, New Balance, Quill City Mall, Revive dan Grab.

 ??  ?? PESERTA teruja untuk memulakan larian.
PESERTA teruja untuk memulakan larian.
 ??  ?? ACARA pelepasan peserta oleh Lew (kiri).
ACARA pelepasan peserta oleh Lew (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia