Harian Metro

Lebih eksklusif, bersifat multifungs­i

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Koleksi versatil apabila beg

telekung boleh dibuka dan dijadikan sejadah mini

Jika dulu tidak ramai wanita yang menitikber­atkan pemilihan telekung, cukup ada telekung sederhana untuk menunaikan solat. Namun kini keadaan jauh berbeza.

Masakan tidak, koleksi telekung di pasaran tidak lagi terhad kepada warna putih polos atau dengan kerawang ringkas, sebaliknya telekung berwarna pula mendapat tempat selaras peredaran zaman.

Seperti fesyen pakaian, aliran perubahan masa dan fesyen terkini dalam dunia pakaian ibadat itu juga turut membawa kepada kepelbagai­an cita rasa dalam diri pemakainya.

Ini termasuk aspek yang menjadi keutamaan semasa membeli telekung iaitu selesa dipakai, tampak cantik dan tidak panas menjadi pilihan hampir semua wanita. Jenis fabrik yang popular pula berciri lembut dan tidak panas seperti kapas.

Di samping itu, telekung yang mudah dipakai dan tidak memerlukan penggunaan anak tudung antara yang diminati ketika ini selain memenuhi syariat seperti menutupi anak rambut dan dagu dengan sempurna.

Pembelian telekung pada masa ini juga tidak terhad untuk tujuan ibadat saja, malah ramai menjadikan­nya sebagai hadiah.

Ada juga yang membeli telekung untuk dijadikan hantaran perkahwina­n atau dihadiahka­n kepada mereka yang bakal menunaikan ibadat umrah dan haji.

Telekung jenama

Amirah Shazana antara yang menampilka­n rekaan terkini, malah direka khas bersama beg kembara yang mudah dibawa ke manamana.

Diusahakan oleh Amirah Shazana Magli, koleksi terbaru telekung Ameera direka bagi memenuhi keinginan mereka yang mementingk­an keterampil­an pada masa sama mengingatk­an diri mengenai kepentinga­n solat.

Beg telekung yang comel umpama tas tangan dengan rekaan sepadan telekung menambah nilai eksklusif jenama ini manakala penggunaan warna pastel menyerlahk­an keterampil­an pengguna.

Menurutnya, idea penghasila­n rekaan itu muncul apabila mendapati kesukaran mencari telekung yang diperbuat daripada kain kapas bersaiz kecil dan ringan untuk dibawa ke mana-mana selain senang dimasukkan ke dalam beg tangan.

Selain itu katanya, rekaan koleksi terkini itu lebih versatil apabila beg telekung direka khas untuk pelbagai fungsi.

“Beg telekung ini bukan saja boleh digunakan untuk mengisi telekung, ia juga boleh dibuka dan dijadikan sebagai sejadah mini. Selain itu, ia boleh dipadankan seperti tas tangan.

“Bagi saya, telekung seharusnya tampak lebih eksklusif dan bersifat multi fungsi supaya ia boleh dibawa ke majlis formal mahupun tidak formal.

“Rekaan ini dibuat khas bagi mengisi pasaran semasa yang hanya menumpukan rekaan dari Indonesia dan Vietnam. Bagi pendapat saya, Malaysia seharusnya mempunyai rekaan telekung tersendiri supaya mampu menyaingi pasaran luar,” katanya.

Penggunaan warna pastel banyak dimainkan pada setiap rekaan telekung jenama itu selain menggunaka­n 100 peratus fabrik kapas premium. Setiap koleksi jenama itu dijual pada harga bermula RM59 hingga RM229.

Selain itu, perincian tambahan turut digunakan pada setiap rekaan antaranya daripada bahan kapas Itali, kapas kaftan dan renda premium.

Dengan saiz yang tidak terlalu besar dan berat, telekung ini dibuat labuh dan lebar sesuai hingga ketinggian 170 sentimeter dan saiz XXL selain rekaan pada bentuk muka yang cantik.

 ??  ?? KOLEKSI telekung untuk ibu dan anak.
KOLEKSI telekung untuk ibu dan anak.
 ??  ?? TELEKUNG
Pelangi menggunaka­n kain bercorak ikat celup buatan tangan.
TELEKUNG Pelangi menggunaka­n kain bercorak ikat celup buatan tangan.
 ??  ?? BEG telekung boleh dibuka dan dijadikan
sejadah muka.
BEG telekung boleh dibuka dan dijadikan sejadah muka.
 ??  ?? TAS tangan menarik yang didatangka­n bersama telekung.
TAS tangan menarik yang didatangka­n bersama telekung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia