Harian Metro

Revolusi beg kembara

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Segar, moden dan kemas. Juga teguh, praktikal dan ringkas. Namun bagi TUMI, beg kembara bukan sekadar bagasi biasa sebaliknya lebih menjurus kepada gaya hidup dan tanda pengenalan kepada personalit­i pemakai.

Tiada lagi era yang menyaksika­n bagasi kembara padat dan berat hingga menyukarka­n pergerakan. Juga tiada lagi masalah beg rosak di tengah jalan disebabkan faktor sekeliling.

Perkembang­an teknologi kini menyaksika­n bagasi tidak lagi menjadi bebanan kepada pengguna, malah bagasi mula diangkat sebagai salah satu aksesori menarik yang mesti ada ketika mengembara.

TUMI, antara jenama beg kembara popular dunia, berterusan menampilka­n koleksi revolusi agar setiap perjalanan selesa tanpa gangguan kini menampilka­n inspirasi bandar California yang penuh warna-warni.

Ditanya kepada wanita, keselesaan menggalas, membimbit dan menarik beg sangat

Jenama popular tampilkan inspirasi bandar California penuh warnawarni

penting untuk membantu gaya lebih stabil ketika berjalan dan mudah dibawa ke mana saja.

Bagi mereka yang mahukan gaya ringkas, tetapi tetap elegan dan menawan, antara pilihan ialah koleksi Stanton. Koleksi ini memang sesuai digayakan oleh wanita korporat kerana ia menerapkan sentuhan feminin yang tradisiona­l dan klasik.

Ditampilka­n dalam variasi warna gelap seperti hitam dan kelabu, koleksi ini menyerlahk­an gaya buat wanita tampil penuh keyakinan.

Koleksi Voyageur pula menampilka­n corak terang dan berani serta dengan variasi warna menawan bersama rekaan ringkas, tapi sofistikat­ed dan perincian feminin menyerlahk­an sisi anggun wanita.

Koleksi Mariella pula, mempunyai semua diperlukan wanita yang sentiasa sibuk dan mengejar masa. Bahagian dalamnya mempunyai bahagian yang membantu menyimpan semua barang dengan tersusun, membuatkan pemakai tidak perlu tercari-cari barangan dalam beg.

 ??  ??
 ??  ?? TAMPIL berani dengan koleksi revolusi untuk perjalanan selesa.
TAMPIL berani dengan koleksi revolusi untuk perjalanan selesa.
 ??  ?? BEG untuk wanita sibuk yang sentiasa mengejar masa.
BEG untuk wanita sibuk yang sentiasa mengejar masa.
 ??  ?? WARNA yang menyerlah untuk gaya trendy.
WARNA yang menyerlah untuk gaya trendy.
 ??  ?? REKAAN beg pelbagai fungsi memudahkan wanita.
REKAAN beg pelbagai fungsi memudahkan wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia