Harian Metro

Turban segera kemas, urban

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pemakaian turban bukanlah asing di negara ini, ia cukup sinonim dengan Muslimah moden yang mementingk­an keunggulan dalam penampilan.

Jika dulu turban menjadi aksesori fesyen yang sering dikaitkan dengan golongan elit dan bintang filem saja, namun kini penggayaan turban mampu menjadi pelengkap penampilan si manis tidak kira sama ada dipakai pada acara santai mahupun ke majlis berprestij.

Jenama Rehan Ismail tampil membawa rekaan eksklusif dengan penekanan lebih kasual dan boleh digayakan semua lapisan umur.

Menurut pengasasny­a Rehan Ismail, idea menghasilk­an turban tercetus apabila melihat trend wanita Timur Tengah dan Eropah yang gemar memakai turban yang kelihatan kemas dan ringkas.

Bagaimanap­un, katanya, turban yang dipakai mereka kebanyakan­nya memerlukan ikatan dan lilitan dari sehelai selendang yang agak rumit.

“Dari situ tercetus idea menghasilk­an turban segera yang kelihatan urban dan kemas, pada masa sama dapat memenuhi cita rasa golongan lebih muda.

“Namun, kami tidak mengeluark­an lebih daripada 20 helai setiap rekaan kain bagi menjaga ciri eksklusif kepada pelanggan,” katanya.

Menariknya, turban itu boleh digayakan pelbagai cara dan walaupun tidak menggunaka­n getah di belakangny­a, ia tetap muat untuk semua saiz secara tidak langsung membuatkan ia selesa dan tidak mencengkam telinga serta kepala pemakai.

Selain turban, Rehan turut mengeluark­an koleksi pakaian unik dan lain dari yang lain iaitu kurung Kedah pario yang boleh digayakan untuk apa jua majlis.

“Warna yang digunakan pelbagai dari terang hingga pastel dan polos. Warna sebegini membuat si pemakai kelihatan lebih anggun dan bergaya.

“Kain polos akan kelihatan berada dalam kelasnya tersendiri berbanding fabrik bercorak. Warna terang lebih sesuai untuk pemakai berkulit cerah manakala warna lembut pula cantik digayakan bagi pemakai yang sedikit gelap.

“Contohnya kurung Kedah pario kami mempunyai 12 warna berlainan dan semua warna itu mendapat tempahan pelanggan di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, antara fabrik yang digunakan termasukla­h sutera Thai, kappa, sifon serta crepe selain crepe Itali dan sutera Itali untuk beberapa rekaan eksklusif butik itu.

Selain fabrik bermutu tinggi katanya, tata hias dari batu Swarovski asli dan renda menjadi ciri penting dalam rekaan di samping menjaga kualiti jahitan bagi menghasilk­an turban, khimar serta koleksi pakaian yang terkini dan menarik.

Semua koleksi Rehan Ismail dijual antara RM120 hingga RM500.

 ??  ?? KURUNG Kedah pario buat mereka yang berani dan tampil kelainan.
KURUNG Kedah pario buat mereka yang berani dan tampil kelainan.
 ??  ?? REKAAN yang mudah digaya dan selesa.
REKAAN yang mudah digaya dan selesa.
 ??  ?? TURBAN pelengkap gaya buat si manis yang moden tapi kekal sopan.
TURBAN pelengkap gaya buat si manis yang moden tapi kekal sopan.
 ??  ?? PEMAKAIAN turban serlah gaya urban wanita.
PEMAKAIAN turban serlah gaya urban wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia