Harian Metro

Kasut kesihatan lebih trendy, moden

-

Sesuai untuk semua peringkat umur, dilengkapi ciri khas penjagaan kaki

soal pemilihan kasut.

“Jadi, kami pastikan semua ciri penting seperti keselesaan, teknologi dan kesihatan dikekalkan sebanyak mungkin dan mengubah rekaan agar lebih trendy dan moden,” katanya.

Menurutnya, kasut jenama terbabit sesuai untuk semua golongan baik lelaki dan wanita, malah kasut jururawat keluaran syarikat mereka antara yang paling mendapat sambutan hangat.

“Kerjaya sebagai jururawat menuntut mereka untuk selalu dalam keadaan bersedia selain perlu berdiri dalam tempoh lama. Mereka juga banyak berjalan, jadi sangat pentingnya untuk memakai kasut yang selesa,” katanya.

Katanya, lebih penting mengubah pemikiran masyarakat iaitu jika seseorang mengalami masalah kaki mereka harus memakai kasut kesihatan yang tidak bergaya atau ketinggala­n zaman. Ini kerana kini ada bermacam pilihan untuk bergaya dengan kasut kesihatan yang cantik dan menarik.

Nur Diana berkata, idea untuk menawarkan kasut kesihatan bermula apabila dirinya sendiri mengalami kesukaran mendapatka­n kasut sesuai dek kerana masalah obesiti dan cakera tergelinci­r.

Katanya, dengan berat badan berlebihan agak sukar mendapatka­n kasut yang benarbenar menyokong pergerakan­nya sebaliknya dia selalu memilih kasut tidak bersesuaia­n hingga kakinya melecet dan sakit.

“Ramai orang lupa pentingnya penjagaan kaki seperti mana kita pentingkan penjagaan wajah. Kaki boleh dikatakan antara anggota paling penting sebaik saja kita bangun dan memulakan aktiviti seharian.

“Namun, ramai yang lupa untuk memberi perhatian khusus pada penjagaan kaki dengan memilih kasut yang tidak sesuai. Kebiasaann­ya kita baru mencari kasut yang betul apabila mengalami kesakitan.

“Sebenarnya, pencegahan awal lebih penting, sebab itu saya sering tekankan pemilihan kasut yang tepat dan sesuai perlu bermula sebelum kaki mengalami masalah lagi,” katanya.

Menurut Nur Diana, teknologi kusyen poron yang disertakan sebagai pelapik kasut mampu menyerap hentakan di samping bertindak sebagai antibakter­ia dan kulat berupaya memberi keselesaan optimum kepada kaki si pemakai.

Sementara, potongan bahagian depan yang lebar memberi ruang buat jari kaki, sekali gus mengelakka­n tekanan dan bebanan ketika berjalan.

Tidak menggunaka­n kulit tulen, namun ciri lasak gentian mikro kasut itu tidak menjadikan­nya mudah lusuh, malah dijamin tahan hingga bertahun-tahun.

“Berbanding kulit, gentian sebenarnya lebih lembut dan selesa selain semakin lembut apabila makin lama dipakai.

Saya pernah mengujinya dengan menjemur kasut di bawah matahari selain membiarkan­nya lencun dalam hujan dan meskipun begitu, kualitinya tidak terjejas,” katanya.

Bahkan, penjagaann­ya tidak rumit, iaitu ia hanya perlu dilap dengan kain lembap dan dikeringka­n di bawah cahaya matahari.

 ??  ?? DIANA menunjukka­n koleksi kasut keluaran syarikatny­a.
DIANA menunjukka­n koleksi kasut keluaran syarikatny­a.
 ??  ?? KASUT sekolah turut dilengkapi ciri yang memberi keselesaan.
KASUT sekolah turut dilengkapi ciri yang memberi keselesaan.
 ??  ?? KOLEKSI kasut kesihatan untuk semua golongan.
KOLEKSI kasut kesihatan untuk semua golongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia