Harian Metro

MUSNAH KALI KEDUA

-

sama pernah berlaku sebelum ini beberapa tahun lalu.

“Namun ketika itu, hanya 16 kedai terbakar di tempat sama, tetapi di bangunan lain. Masjid yang menjadi tumpuan penduduk kampung ini beribadah pula sudah wujud sejak 1980-an lagi,” katanya.

Tambahnya lagi, disebabkan kejadian itu, penduduk kampung kehilangan tempat untuk mengerjaka­n solat berjemaah setiap kali tiba waktu solat.

“Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 500 jemaah, namun kini ia musnah akibat kejadian itu.

“Sehubungan itu, kami akan membuat permohonan untuk membina masjid baru. Namun buat sementara waktu kami terpaksa menggunaka­n surau lama yang ada,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, seramai 13 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatang­an dibantu BBP Lahad Datu dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 2.34 pagi.

“Sebaik tiba, operasi mengawal api segera dilakukan sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 12.41 tengah hari.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kebakaran membabitka­n kedai 30 pintu musnah sepenuhnya manakala masjid terbakar 80 peratus,” katanya.

Katanya lagi, kejadian itu tidak membabitka­n sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia